busai Bj Sm | pengayuh. | Mata busai satu-satu menerjah permukaan air. Laut yang tadinya tenang, kini berkocak. Bunyi batang busai berlaga dengan dinding biduk, kedengaran jelas, mematikan kesepian malam. | Pulut Kuning Daging Rendang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
rumpong, *rumpung* Ib, MSr | udang salai (berkulit). | Mereka berperahu menghilir Batang Layar. Apabila sampai di Kuala Plassan mereka menjumpai banyak udang rumpong pula terapung-apung di permukaan air. Ini juga dipercayai satu alamat yang buruk. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
balung Bj Sm | sejenis obor-obor yang berbisa (tidak boleh dimakan). | Balung atau ubur-ubur selalunya banyak dan bermusim pada bulan Ogos hingga November setiap tahun. Mereka suka berenang di permukaan laut yang berair jernih. Kelajuannya boleh mencapai 4 knot. Warnanya putih dan kadang-kadang macam warna air susu. Ia boleh disebarkan oleh angin dan ombak. Mereka tinggal di semua bahagian laut, jelas Pak Hilun sambil memandang Minarni. | Yanti Si Anak Laut | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
masap Bj | keadaan luar biasa yang biasa seperti laut bergelora, ribut taufan dan sebagainya. | Apa makna masap itu, pak cik? Lina kebingungan. "Masap, ertinya laut bergelora. Ikan-ikan di dalamnya akan keluar ke permukaan laut untuk menakutkan kita. Angin ribut juga akan bertiup kencang," jelas Pak Cik Hassan bertambah cemas. | Detik-detik dalam Perjalanan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |