sayat sa rending Ir | upacara membuka tirai pelamin semasa majlis persandingan. | Pelamin, ditutup dengan kain sebanyak tiga hingga tujuh lapis yang dikenali sebagai sayat sa rending. Upacara untuk membatalkan air sembahyang iaitu dengan cara menyarungkan cincin di jari perempuan. | Proses Perkahwinan Masyarakat Iranun | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
perantan MSr | suatu upacara mandi beradat dlm istiadat perkahwinan untuk tujuan kekebalan atau tahan lasak. | Manakala itu pengantin perempuan disediakan untuk majlis persandingan dengan diketap (dicukur) rambut di sekitar dahinya, diberi mandi air perantan (dilangir dengan menggunakan entemu, bedak dan sabun) dan seterusnya disuruh mengambil wuduk. Selepas proses itu tukang hias (mak andam) mulalah menghias dan mengenakan pakaian pengantin. | Adat Resam Penduduk Sarawak | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |