Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.se.o.ra.ngan] | ڤرسأورڠن

Definisi : dgn cara berseorang-seorang (tidak secara berkumpulan dsb), satu-satu orang (tidak bersama atau dgn pelibatan orang lain): usaha menulis bahasa Melayu dgn meng­gunakan huruf-huruf Rumi telah dijalankan oleh beberapa orang sarjana Eropah secara ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.se.o.ra.ngan] | ڤرسأورڠن

Definisi : hal-hal mengenai se­orang; dgn cara berseorang (lw bere­gu): johan ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Macam memegang tali layang-layang.

Bermaksud :

Orang yang berkuasa dalam penghidupan orang perseorangan ataupun orang banyak.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
tongkungon Kdgitar tiub dibuat daripada bambu, dimainkan secara perseorangan atau untuk mengiringi tarian.Selalunya tongkungon dimainkan secara perseorangan untuk hiburan persendirian. Ianya juga digunakan untuk mengiringi tarian. Ianya popular di kalangan suku-kaum Dusun/ Kadazan.Pengenalan kepada Alat-alat Muzik Tradisional SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
igal-igal Bj Spsejenis tarian yang ditarikan dengan iringan alat muzik kulintangan, gong dan tambur asalnya bertujuan untuk menyampaikan hadiah berupa wang kepada pengantin dengan cara menari.Menurut penyelidikan bahawa Tarian Igal-Igal ini ditarikan secara Perseorangan, perkumpulan atau secara berpasangan dan dari keadaan ini jelas memperlihatkan yang Tarian Igai-Igai ini merupakan tarian pergaulan atau kegembiraan.Tarian Hadiah untuk PengantinGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas