ambal Ib, MSr | sejenis hidupan laut (solen brevis) yang berbentuk separuh selinder. Ia terdapat di beberapa kawasan persisiran pantai berpasir di beberapa bahagian di Kuching dan Samarahan. Ambal merupakan makanan laut yang enak dan popular. | Apabila ambal terkena campuran kapur ia akan menolak lidi tersebut dan cuba keluar dari pasir. Dengan pantas ambal akan diterkam dan dicabut sebelum ia sempat masuk kembali ke dalam pasir. | Pedoman Rakyat Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
limbai Bj Sm | tarian tradisional suku kaum Bajau Sama. | Tarian Limbai merupakan satu lagi tarian asli kaum Bajau yang mendiami persisiran pantai Kuala Papar, terutama sekali di kampung-kampung Kuala, Bundusan, Pengalat, Kawang dan Kinarut. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
gollom, *golom* Bj Sm | pokok gelam. | Aku ajar mereka cara-cara mengendalikan lipa. Menyumbat kebocoran lipa dengan kulit kayu gollom yang banyak didapati di persisiran pulau-pulau. | Pelauh | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
mengilok Bj, Sl | sejenis tarian menggerakkan tangan dan jari-jari yang dianggap sebagai tarian bersuka ria atau untuk maksud menghiburkan tetamu yang datang. | Kalau kita perhatikan cara Tarian Mengilok dipersembahkan, ianya merupakan tarian berentak riang-ria atau gembira dan jelas tarian berkenaan melambangkan kegembiraan atau kedamaian hidup suku kaum berkenaan yang kebanyakannya tinggal di persisiran pantai atau di Sungai Kinabatangan dalam daerah Sandakan. | Tarian kaum Suluk diminati ramai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |