[per.te.muan] | ڤرتموان
Definisi : 1. perihal bertemu, perjumpaan: kenangan beliau kembali kpd ~nya dgn Datuk Bomoh; 2. tempat bertemu (berkumpul dll): Kuala Lumpur letaknya di ~ Sungai Gombak dgn Sungai Kelang; 3. perkumpulan, perhimpunan (mesyuarat dll): dia mengajak orang-orang yg ada pd ~ itu agar bangkit menentang musuh; 4. pergaulan, persamaan (pendapat dll): aku perlukan engkau dlm soal menghadapi Kadir, kita banyak ~ pendapat; 5. perjodohan, perkahwinan: maka tidaklah syak lagi yg ~ itu sukar berpanjangan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[per.te.muan] | ڤرتموان
Definisi : 1 perihal bertemu (dgn kawan dll): 2 perjumpaan: Dia masih ingat akan ~nya dgn penghulu kampung itu. 3 tempat bertemu (ttg sungai dll): Kuala Lipis letaknya di ~ Sungai Jelai dgn Sungai Lipis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)