buek Bj Sp | sejenis kayu keras dan liat. | Kayu pilihan utama adalah kayu Balunu-Balunu dan kayu buek. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ilang I | sejenis pedang. | Ilang - iaitu sejenis keris panjang yang diperbuat daripada besi pilihan, matanya tajam berkilat. Ulu keris ini diperbuat daripada gading gajah yang dibentuk dengan ukiran-ukiran yang cantik. Di bahagian belakang mata keris ini dihiasi dengan bulu atau rambut manusia yang berumbai-rumbai. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
rupor MSb | kelim pada kain. | Kain - daripada jenis kain songket dari sebarang warna - selalunya warna biru sebagai warna pilihan dan warna merah jingga. Di bahagian belakang kain itu akan dirupor. Rupor ini dikenali dengan tapih pada bahasa Berunai. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
blulang, *belulang* Bd | tempat meletakkan batu dalam lastik yang dibuat daripada belulang. | Abui memasukkan biji batu itu ke dalam blulang lastiknya. Kemudian dia mengarahkan lastiknya ke arah burung tadi. | Antologi Pilihan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
batu li’ee, *batu liid* Bd | sejenis batu dari sungai yang berwarna keputih-putihan. Permukaannya licin, saiznya kecil dan berbentuk bulat. | Abui menyeluk ke dalam beg kain tepung gandumnya. Dikeluarkannya sebiji batu li’ee yang putih licin dari dalam. Batu itu agak bulat sebesar biji guli. | Antologi Pilihan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
mowah Bd | 1. temujanji yang dibuat antara lelaki dan perempuan. 2. bersiar-siar. 3. menziarahi antara satu sama lain. | Apakah kerana minyak guna-guna Nenek Satek? Atau antara pemuda-pemuda yang mendekati Mila, dia memang punya kelebihan? Dua hari kemudian dia datang mowah lagi, dia memberanikan dirinya bertanya. Jawapan Mila menambahkan keyakinannya. | Antologi Pilihan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |