baya pandang Ib | pakaian orang yang baru meninggal dunia yang disidai di atas mayat. Ia digunakan untuk upacara mengakhiri tempoh perkabungan si mati tersebut. Kain itu kemudiannya disimpan oleh saudara-mara terdekat si mati. | Mayat itu diangkat ke ruai dan diletakkan di dalam sebuah kurungan yang dipanggil sapat. Di atas sapat itu diletakkan baya pandang. Pada pintu masuk yang dipanggil pala tangga kedua-dua hujung rumah panjang, alu dilintangkan supaya hantu, roh orang-orang yang sudah mati tidak naik ke rumah. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sangian Mr | kain yang menutup pelamin pengantin perempuan yang hanya dibuka setelah pihak lelaki membayar sejumlah harga yang ditetapkan. | Habis wang di dompet gadis-gadis itu untuk membayar harga kain yang digunakan menutup pintu sangian. Mereka harus membayar wang sebelum dibenarkan masuk ke biliknya. | Antologi Cerpen Dukanya Abadi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |