ubar suluk Bj, Sl | sejenis pohon kayu bakau | Lepa selalunya diperbuat daripada kayu serayan merah atau ‘ubar suluk’ dalam bahasa Bajau serta kayu ubal yang digunakan di bahagian depan sebelah bawah. | www.berita Harian. com.my | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kulipapa, *kalipapa* Bj, Ir | sejenis pohon yg kayunya digunakan sebagai asas utk menempatkan gong-gong kecil supaya bunyinya nyaring. | Bahagian kedua Kulintangan tring ini dinamakan Antaga atau Rak. Pada kebiasaannya suku kaum IIlanun membuat Rak atau Antaga dari bahan kayu jenis kulimpapa atau kulipapa, iaitu sejenis kayu yang boleh mengeluarkan bunyi nyaring. | Bakokong dimain untuk hilang penat | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tarap MSb | sejenis tumbuhan, buahnya boleh dimakan; Artocarpus incisus. | Sekumpulan burung punai, bercempera lari dari sebatang pohon tarap. | Sitti Ariana | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
nunuk ragang Kd | sejenis pokok kayu ara merah. | Sesungguhnya, keharmonian kehidupan orang-orang Dusun yang membina tujuh buah pondok yang berukuran dua puluh empat kaki persegi setiap satu di bawah pohon ara atau nunuk ragang itu, bagaikan wujud dalam impiannya. | Dari Dalam Cermin | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pogil Tb | sejenis tumbuhan berkayu yang berjenis ringan, pucuknya boleh dibuat ubat. | Pak Odok turut tersenyum. Parang di tangannya dimasukkan ke dalam sarung yang terikat di pinggangnya. Pak Odok duduk di atas sebatang kayu. Nanak meletakkan basikalnya di bawah pohon pogil. Dia duduk di sisi Pak Odok. | Susuk Tingkayu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
bedurok, *durok* Ib, MSr | 1. berderau (saling bantu antara satu sama lain). 2. kerja-kerja gotong-royong yang harus dibalas balik dengan gotong-royong. | Benar, dia tidak perlu bersama apai meminta bantuan dari Kampung Lempaong untuk bedurok membuka hutan, menebang pokok simpuh, semayur, tapang, perupuk dan geronggang, mencantas pula pohon beringin, simpur, rengas, geran dan sisik naga, menebas akar sekuntut, entiba, sarang naga, tapak kuda dan getih. | Antologi Cerpen Bunga Rimba | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |