apong MSr | nipah. | Hati saya belum puas bapa, mengamati ikan temeka yang berlumba di bunga pasang. Saya enggan meninggalkan umbut nipah apong nyemelang bapa." Senabong mengatakan dia tidak mahu pulang lagi ke kawasan Batang Bangkit itu. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
temeka Ib | ikan tembakul. | Memang benar. Baik juga lawatan bapa tetapi saya masih rindu untuk bermain dengan bunga pedada yang mengembang. Hati saya belum puas bapa, mengamati ikan temeka yang berlumba di bunga pasang. Saya enggan meninggalkan umbut nipah apong nyemelang bapa. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
jeraul MSr | penyangak, kelakuan nakal. | Celaka! Jeraul tua! Gatal! Seranah Lumai tersembul dalam hati. Dan kalau diikutkan kebencian hatinya, mahu saja dia menyinsingkan kainnya tinggi-tinggi, dan punggungnya yang telanjang ditonggengkan ke arah Tuai Rumah yang tak padan dengan rupa dan gaya itu. Biar si jeraul tua itu puas menatap apa yang ingin ditatapnya. | Berakhirnya Pesta Ngongcong | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |