denjang Ib | sejenis nyanyian pujian terhadap seseorang yang berkedudukan atau berkeistimewaan semasa perayaan adat istiadat. | Semasa gawai ini, upacara pergi ke tanju diadakan sebanyak dua kali. Mantera dibaca hanya setakat mencari tanah, dan diikuti dengan denjang lelaki. Denjang ini adalah sejenis mantera. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lemambang Ib | orang yang mahir dalam pelbagai nyanyian suci atau puji-pujian. | Padang dikatakan peneroka awal kawasan Rimbas hilir. Jadi dalam nyanyian pengap pakar lemambang, semasa menyebut ketua-ketua di Rimbas dahulu kala, mereka berkata, "Padang, suami Suyah, korban rebah mati tertumpah, diheret oleh duman ikan tapah yang berjanggut merah emas gempanang." | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lalangkut Mr Tl | pantun. | Lalangkut-lalangkut yang dipantunkan berkisar pada lalangkut jenis dua kerat yang isi atau kandungannya mengenai puji-pujian terhadap rumah panjang baru itu. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
garong, *garung* Ib | anyaman berangkai dan bertingkat daripada buluh yang mengandungi ruas buluh tempat menyimpan tuak. Tuak tersebut ditimang (dengan lagu puji-pujian) semalamam dan hanya layak diminum oleh seorang pahlawan. | Oleh kerana dia menantu Bedaang dia tidak panjang umur. Inilah juga yang menyebabkan seseorang menantu pantang minum jalong atau garong. Orang Iban tidak berani melanggar pantang ini kerana takut alah ayu atau tidak panjang umur. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |