selambo Ml, MSr | pukat tunda. | Selambo atau pukat tunda atau pukat harimau seperti yang biasa disebut orang, digunakan oleh bot-bot menangkap ikan di laut. | Antologi Cerpen Hati | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
bangkala Kd KP | sejenis bubu. | Mereka menangkap ikan di sawah-sawah padi, kolam dan sungai yang berhampiran dengan menggunakan jala, pukat dan alat-alat penangkap ikan tradisional seperti "siud", "savak", bubu, "bangkala" dan "tambong". | Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan Kadazan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tambong Kd Tn | sejenis alat menangkap ikan. | Mereka menangkap ikan di sawah-sawah padi, kolam dan sungai yang berhampiran dengan menggunakan jala, pukat dan alat-alat penangkap ikan tradisional seperti "siud", "savak", bubu, "bangkala" dan "tambong". | Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan Kadazan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
bantak Ib, MSr | sejenis ikan air tawar yang bergarisan lintang (warna merah kehitaman) di tengah badannya. Boleh dibuat lauk. | Pak Ngah mengangkat pukat. Dipungutnya ikan bantak dan seekor ikan buin yang melekat. | Hati -15 Cerpen dari Bumi Kenyalang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
savak Kd | sejenis penangkap ikan seperti siud (besar). | Mereka menangkap ikan di sawah-sawah padi, kolam dan sungai yang berhampiran dengan menggunakan jala, pukat dan alat-alat penangkap ikan tradisional seperti "siud", "savak", bubu, "bangkala" dan "tambong". | Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan Kadazan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tugoo, *tugu* Tb | sejenis alat menangkap udang berbentuk keruncut yg panjang. | Tumis menghela nafas panjang. Dia kesal kerana ketua kampung cepat terpedaya dan memaksa penduduk kampung menukar nelayan tugoo kepada nelayan pukat tunda. | Serpihan Musim | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |