sigir, *sigik* Ib, MSr | sebiji/satu. | “Pulut panggang satu berapa harganya, cu?” tanya Ini Chakoi kepada seorang budak Melayu yang berjaja. Ini Chakoi sangat gemar makan pulut panggang. Dia memisahkan dirinya daripada teman-teman serumah panjangnya untuk mendekati anak Melayu yang sedang menjual pulut panggang itu. “Sigir, dua puluh sen, nek,” jawab budak itu. “Mahal sangat. Beri sepuluh sen satu.” “Sik dapat. Rugi kamek.” | Bumi Bertuah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lakatan Ky | pulut. | Separuh dari tabasannya akan ditanam lakatan (pulut) kuning. Rezeki di muka bumi adalah kurniaan Tuhan. | Antologi Cerpen Hati | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kulipis MSb | kuih – pulut ditanak bersama-sama santan dan garam, kemudian dibungkus dengan daun dan dikukus semula hingga masak. | kulipis - nasi pulut yang dimasak dengan santan dan garam. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kelupis Ky, Kb, LB | pulut yang dibalut dengan daun palas dan diikat sebelum dikukus. | ....kejayaan penduduk dari beberapa buah kampung menghasilkan jalinan kelupis sepanjang 210m kaki sempena Perayaan Ulang Tahun ke 40 Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) peringkat Lawas baru-baru ini.... | Pedoman Rakyat | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ruai Ib | ruang menunggu, ruang legar, lobi. | Minta daripada Sunti nasi pulut dan nasi biasa kalau sudah masak nanti," katanya pada Tarang yang tercegat di pintu ruai. | Gugurnya Langit Hijau Nanga Tiga | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
rangin Ib, MSr | sejenis kuih yang berwarna putih yang diperbuat daripada adunan kelapa, tepung pulut dan gula. | Mak Minah meninggalkan rumah berbekalkan wang sebanyak dua ringgit. Dia tahu menantunya suka memakan kuih rangin dan Kartini suka kepada penyaram. | Bermulanya Di Sini | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pansuh Ib | ikan atau daging yang dimasak dalam buluh. | Telur dua hiris sedikit pulut pansuh, sedikit nasi dimasak dalam daun ririk, kapur, sehelai dua daun sirih, pinang belah, sepuntung dua rokok daun, tuak dipalitkan pada bahan piring dalam buluh itu, tembakau dan darah ayam dipalitkan pada buluh. | Gugurnya Langit Hijau Nanga Tiga | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
nonton Sk | menziarahi, berkunjung. | Kelak mudahlah membawa diri ke mana-mana sahaja, terutamanya kalau nonton di rumah orang tua. | Jagung Pulut Pusaka Moyang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
isian Bj | ilmu batin. | Sudah menjadi kelaziman di daerahnya bahawa setiap gadis atau teruna akan diisikan dengan berbagai-bagai isian penjaga diri. | Pulut Kuning Daging Rendang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
penganan iri Ib | sejenis kuih yang dibuat daripada tepung beras/ubi dan gula merah atau gula nipah, penyaram. | Ini Chakoi menjual kuih penganan iri dan nasi pulut yang dimasak dalam ruas buluh. Jualan mereka laris, dibeli oleh buruh-buruh jalan raya dan orang yang lalu?lalang. | Bumi Bertuah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |