Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pun.ca] | ڤونچا

Definisi : 1. hujung (benang, obor, tali, dll); ~ tali kail hujung tali kail yg dipegang; 2. sudut kain (sebai, selendang, dll) yg lepas tergantung: terpandang ~ baju layang dlm tiang seri; ~ sebai hujung sebai yg tergantung; 3. tingkatan permulaan (pengetahuan), pengantar, pendahuluan (pengetahuan dll); kitab ~ usuluddin; perpustakaan sekolah mestilah berkhidmat sbg ~ pengajaran; 4. pangkal, perdu (asal mulanya, kerana, lantaran, sebab), pokok, tajuk (perbicaraan dll): ~ pertengkaran yg umum sekarang ialah soal-soal pilihan raya; harta akan terus menjadi ~ ketegangan yg hebat; ibu dan anak-anak yg sihat itu adalah satu drpd ~-~ kebahagiaan rumah tangga; apa ~nya apa sebabnya; mula ~nya mulanya (sebabnya); tidak tentu ~nya tidak tentu pokok persoalannya; tenggelam (kehilangan) ~ tidak tentu lagi pokok pemikiran (perbualan, pemikiran, dll); tidak tahu apa yg hendak dibuat; ~ ganda dua ( ) (spt 4 = 2), akar (Id); ~ ganda tiga (3 ) (spt 3 8 = 2 dll); ~ persamaan (Mat) nilai nombor yg tidak diketahui dlm ilmu hisab (spt 2n + 7 = 25 dll); 5. sumber, asal (berita, penghidupan, pendapatan, dll): berita ini diperoleh drpd ~ yg boleh dipercayai, matahari boleh dikatakan sbg satu ~ kehidupan; dinamo itu merupakan suatu ~ tenaga elektrik; wang yg didapati drpd segala ~; ~ hasil sumber pendapatan; ~ kekayaan sumber kekayaan; ~ pendapatan perkara yg mendatangkan pendapatan; berpunca; ~ drpd berasal drpd, bersumber drpd: masalah-masalah yg kita hadapi kini ~ drpd penjajahan juga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pun.ca] | ڤونچا

Definisi : Mn; angin ~ beliung angin puting beliung (olakan angin). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pun.ca] | ڤونچا

Definisi : 1 bahagian hujung tali (benang dll); hujung atau sudut kain (selendang) yg lepas tergantung: ~ tali pancing. 2 sebab yg menjadi asas; asal mula; pokok pangkal: Apakah yg menjadi ~ perbalahan ini? 3 tempat datangnya sesuatu; sumber (berita dll): Khabar ini didapat dr ~-~ yg boleh dipercayai. ~ kuasa dua ist pembahagi sesuatu kuantiti yg apabila digandakan dua kali akan memberikan nilai kuantiti tsb (spt punca kuasa dua 4 ialah 2; Ö4 = 2). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
punca (kata nama)
1. Bersinonim dengan sumber: asas, asal, mula,

2. Bersinonim dengan pangkal: perdu, asal, mulanya, pokok, tajuk,

Kata Terbitan : berpunca,

Puisi
 

Sapu tangan punca merah,
     Mari sarung cincin suasa;
Luka tangan tampak berdarah,
     Luka hati menahan rasa.


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Jika berjumbai tempat bergantung.

Bermaksud :

Tanda yang dapat dijadikan punca penyelidikan.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
begama Ibsejenis kaedah perubatan tradisional iaitu mencari punca penyakit dengan menyentuh dan meraba-raba badan pesakit. Upacara ini dilakukan oleh dukun atau manang.Oh, nantilah dulu. Masa masih tak sesuai untuk saya mulakan kerana tangan seseorang Manang tak sesuai begama kalau hari masih siang. Tunggulah selepas makan malam, jawab Manang Entayang.Gurang dengan Ansang MiangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas