Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pusaka;

Puisi
 

5Lancang kuning lancang pusaka,
     Lancang tidak boleh berganti;
Biar kering laut Melaka,
     Saya tidak mungkir janji.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Adat di atas tumbuh,
     pusaka di atas tempat.

Bermaksud :

Tiap-tiap orang yang akan membicarakan hal adat sesebuah negeri hendaklah dengan benar-benar mengetahui asal usul adat itu supaya terhindar daripada kekeliruan dan salah faham.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
tungkusan Kdharta pusaka.Pusaka ialah harta yang diwarisi turun-temurun yang disebut dalam Bahasa Dusun sebagai “tungkus” atau “tungkusan”.Sepintas Lalu Mengenai Adat Istiadat Dusun/Kadazan Kota BeludGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tungkus Kdharta pusaka.Pusaka ialah harta yang diwarisi turun-temurun yang disebut dalam Bahasa Dusun sebagai “tungkus” atau “tungkusan”.Sepintas Lalu Mengenai Adat Istiadat Dusun/Kadazan Kota BeludGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
nonton Skmenziarahi, berkunjung.Kelak mudahlah membawa diri ke mana-mana sahaja, terutamanya kalau nonton di rumah orang tua.Jagung Pulut Pusaka MoyangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
badung Bj Sm, Ir, Tbsejenis senjata seperti parang.Mak Ining tidak boleh duduk diam lagi. Lebih gamat lagi apabila dia mendengar Turagai sudah berhari-hari mengasah badung pusaka ayahnya. Mata badung itu sudah berkilat. Ramai yang beranggapan, Turagai sekarang sudah dirasuk syaitan.Susuk TingkayuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
senggang Ibsejenis tumbuhan seperti lengkuas (tetapi tidak boleh dimakan), kulitnya boleh dibuat tikar.Telichai beristerikan Endu Dara Sia, berasal daripada keturunan Hantu Kamba, perempuan yang tinggal di hutan asam paya. Dia mewarisi harta pusaka yang berbentuk tajau rusa, berukir menarik mengambil bentuk rumpun buah senggang.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
bengkeng MSrdegil.Dalam banyak perkara yang kufikir-fikirkan, sejak Jasi mula bengkeng inilah aku berasa semakin teruk. Kerja dapur memang tidak pernah ditolong orang. Kerjaku di luar rumah tidak pernah berkurangan.Jagung Pulut Pusaka MoyangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
legar-legur MSrberdentam-dentum.Bapanya pun begitu juga, kalau sudah bergurau, bukan tahu batas dan sempadan lagi. Macam nak pecah rumah ni legar-legur kerana bunyi dia orang. Kelak, kalau sudah manas begitu juga. Ditegur sepuluh kali pun tidak mahu menyahut.Jagung Pulut Pusaka MoyangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
teluk-pisok, *telok-pisok* Ml, MSr, Skdi segenap tempat.Biarlah dia duduk di mana-mana sahaja di ruang rumah dan teluk-pisok agar dia dapat makan dengan selesa sampai kenyang. Kelak apabila diharapkan untuk memberi pertolongan dan bantuan, dengan sekali seru namanya pun dia sudah datang.Jagung Pulut Pusaka MoyangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
engkerumong, *engkerumung* Ibsejenis alat muzik yang dimainkan semasa tarian ngajat. Bahagian hadapan yang dipukul seperti gong tetapi bentuknya lebih kecil, biasanya sebanyak tujuh biji dimainkan dalam satu masa.Sejak dari itu orang di rumah panjang itu sering kali meminta padi dari Anyong dan Anyang dengan menukarnya dengan gong, tempayan lama, engkerumong dan harta pusaka yang lain, kerana mereka sentiasa tidak cukup padi untuk dimakan dalam satu-satu tahun.Gurang dengan Ansang MiangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas