tuhau Tb | sejenis tumbuhan (Zingiber spp.) yg umbutnya dibuat ulam, sayur. | “Tuhau...! Bukankah tuhau tu buang angin. Ini mesti badan kau banyak angin.” Ah Meng mencelah dalam keriuhan rakan-rakan lain yang masih menahan perut dengan telatah Julius. | Kuasa politik | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
gaguk, *aguk* Ib | kurang cerdik. | Semacam orang gaguk, ia menguit rakan di sebelahnya. Rakan itu arif dengan kuitan. Apa yang patut dibuat, telah dirundingkan sebelumnya. Bincang yang sungguh-sungguh. | Antologi Cerpen Hati | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pelangka Ib | sejenis alat yang diperbuat daripada kayu sebagai tapak untuk mengirik padi. | Apabila mendengar letupan bedil keletung Ketupong dan rakan-rakannya itu, Dara Tinchin Temaga terus menyuruh Menggin dan anaknya balik. Dia menghulur mereka berdua dari langit dengan bekas yang dipanggil pelangka bertali emas. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sili Kd | lantai rumah. | Pada suatu hari, kononnya sekumpulan orang kampung telah pergi ke hutan untuk membuat sili/sulin atau lantai rumah. Salah seorang daripada mereka sangat suka bergurau dengan rakan-rakannya. | Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita Bersama | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |