Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ras.mi] | راسمي

Definisi : disahkan oleh kerajaan atau yg berkuasa, (yg) diisytiharkan (ditentukan, disahkan) oleh kerajaan atau jabatan dll: bahasa ~; ejaan ~; kenyataan ~; pakaian ~; resit ~; tugas ~; upacara ~; rasmi-rasmian bersifat rasmi: majlis yg ~; merasmikan mengisytiharkan (melantik, menentukan, menetapkan, mengesahkan, dll) dgn rasminya: ~ pameran lukisan; ~ pembukaan sekolah; kerasmian perihal rasmi: bahasa Melayu akan sanggup menggantikan bahasa Inggeris dlm segala lapangan ~ dan keilmuan; perasmian pengisytiharan (pelantikan, pe­nentuan, penetapan, pengangkatan, peng­umum­­an, dll) yg rasmi: masa transisi sesudah ~ ejaan itu akan mengurangi kerugian yg mungkin dideritai; ~ lantikan panitia Bahasa Melayu-Indonesia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ras.mi] | راسمي

Definisi : disahkan atau ditentukan oleh kerajaan atau oleh pihak yg bertanggungjawab: bahasa ~; pakaian ~. merasmikan mengumumkan dgn rasmi; mengesahkan: Menteri Pelajaran telah hadir utk ~ seminar itu. perasmian perbuatan merasmikan; pengumuman yg rasmi; pengesahan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rasmi (adjektif)
Bersinonim dengan formal, sah, sahih, diluluskan, dibenarkan;,
Kata Terbitan : merasmikan, perasmian,


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
pagidsa-idsa Irmajlis pertemuan rasmi di antara kedua belah pihak lelaki dengan perempuan yang diwakili oleh jurucakap masing-masing dgn tujuan utk merisik.Kedua: Pagidsa-idsa yang bermaksud majlis pertemuan rasmi di antara kedua belah pihak lelaki dengan perempuan yang diwakili oleh jurucakap masing-masing.Proses Perkahwinan Masyarakat IranunGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
ngabang Ibseseorang yang datang sebagai tetamu rasmi dalam sesuatu upacara atau majlis.Adalah, nak menjemput kamu ngabang, kata Baring. "Eh, bilakah upacara ini diadakan saudara Baring?" tanya mereka lagi.Gurang dengan Ansang MiangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tilau-tilau idaan Bj Smperbuatan merisik calon isteri/menantu (secara tidak rasmi).Namun, Rohayu sedar, tidak seperti keluarga lain, apabila menerima rombongan tilau-tilau idaan, pelbagai soalan dikemukakan seperti; apakah anak gadis mereka memang sudah tiba masanya untuk berumahtangga?Dari Dalam CerminGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
gadur Bj Sm, Ir, MSb, Tbsejenis bekas bertutup yang dibuat daripada tembaga, digunakan sebagai hiasan atau dalam majlis-majlis rasmi bagi golongan bangsawan.Harta lain seperti gong, kulintangan, talam tembaga, gadur dan sumbul yang berjajar di dinding rumah mereka banyak dipamerkan menghias dinding.Utusan BorneoGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
magunatip Kdsejenis tarian yang popular di kalangan suku kaum Dusun Gana. Ia ditarikan dengan iringan pukulan gong oleh sepasang penari (lelaki & perempuan) yang memakai pakaian tradisi. Tarian ini adalah suatu upacara rasmi semasa majlis makan malam orang kenamaan bagi suku kaum tersebut.Bingung pada irama muzik yang kurang mantap yang sedang dimainkan. Bingung pada pemain alat-alat muzik `magunatip' yang tidak bersefahaman.SingkowotonGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas