Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; kolam ~ kolam utk berenang; lumba ~ perlumbaan berenang (sukan); berenang bergerak dgn tangan dan kaki dll di air: ikan ~ dlm air; acara-acara sukan itu ialah lumba lari, mendayung sampan, me­nembak, ~;~ kodok Id suatu cara berenang, gaya dada; ~ menelentang berenang dgn badan yg me­nelentang; mengajar itik ~ prb perihal membuat sesuatu pekerjaan yg sia-sia; berenang-renang berenang ke sana sini: beberapa ekor anak itik kelihatan sedang ~ di dlm kolam itu; merenangi berenang di (ke): ~ orang lemas; ~ laut lepas prb perihal pergi ke negeri lain dgn tiada tentu tujuan; merenangkan membawa berenang, mem­biarkan berenang: Benderang dititahkan ba­ginda ~ rantai terlalu besar, maka di­renang­­kan oleh Benderang dgn Badang rantai itu; renangan gerakan (perbuatan, gaya dsb) berenang: Si Hitam mengikut ~ ikan itu yg bergerak dgn kepayahan pd tempat yg cetek itu; perenang ahli sukan renang, ahli renang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata renang I

Puisi
 

Ikan putih terenang-renang,
     Anak sepat dari muara;
Sungguh sedih bila dikenang,
     Sahabat setia buat angkara.


Lihat selanjutnya...(9)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
sidak Ib, MSrmereka, dia (biasanya untuk merujuk kepada bilangan yang ramai), suatu panggilan yang hormat tanpa menyebut nama).Apalah nasib kita ni sidak, ada anak, tak sama dengan anak orang lain. Kenapalah Tuhan mengurniakan kita seekor ikan buntal yang tidak boleh berkata apa-apa melainkan berenang-renang di dalam tempayan! keluh Pak Kaduk akan nasib mereka itu.Novel Dayang Merah LidiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas