piring Ib | sesajian hidangan untuk pemujaan. | Siap sudah upacara memohon restu itu, mereka balik ke rumah kediaman mereka. Segala hidangan piring dan babi korban mereka ditinggalkan di puncak gunung itu. Semua bahan itu adalah untuk membuktikan kesungguhan mereka memohon restu yang diharapkan. | Novel Satangkai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sulu baiduri Mr Td | sejenis tarian kaum Tidung yang bertujuan untuk memohon restu pada dewa yang diberi nama Sulu Baiduri agar si sakit segera sembuh. | Seperti juga suku kaum lain bahawa suku kaum Tidong masih percaya terhadap jampi serapah. Mereka juga mempunyai tarian tradisi yang bermaksud memohon restu pada dewa yang diberi nama Sulu Baiduri agar si sakit segera sembuh. | Tarian hadiah untuk pengantin | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
monegolig, *monigoli* Kd | sejenis tarian berunsur keagamaan dan memohon restu dari Tuhan yang bersemayam di puncak Gunung Kinabalu dan juga bertujuan untuk menghalau hantu yang mengganggu ketenteraman sesebuah kampung. | Dan manakala kepala kambing berkenaan akan dibawa bersama atau dibawa berarak sambil menarikan tarian monegolig. Tujuan kepala kambing dibawa ialah untuk diserahkan kepada hantu yang menganggu ketenteraman kampung. | Memuja tuhan di Gunung Kinabalu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
gawai kenyalang Ib | sejenis upacara pemujaan yang menggunakan patung kenyalang yang bertujuan untuk memperoleh restu terhadap perkara yang dihajati. | Saya membawa kita semua di sini untuk mengadakan Gawai Kenyalang. Gawai ini terpaksa kita adakan besok," kata Baring. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |