nu'an Bd | membuka hutan rimba untuk pertama kalinya. | Siapa yang rajin, yang ringan tulang dan tidak takut penat lelah boleh saja nu'an hutan dan buka damun baru. | Menganyam Kedukaan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tumotolong Kd KB | sejenis roh jahat. | 37. Tumotolong – Kerjanya menyesatkan orang yang berjalan di hutan rimba. | Sepintas Lalu Mengenai Adat Istiadat Dusun/ Kadazan Kota Belud. | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ketupong, *ketupung* Ib | sejenis burung seperti burung puyuh tetapi lebih kecil, yang membawa alamat; Sasio abnoramis | Cuma burung tiung, ketupong, gagak rimba dan kenyalang melintas cepat di puncak meranti. | Gugurnya Langit Hijau Nanga Tiga | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
unus lebus Ib | gelang perhiasan yang dipakai di betis (untuk lelaki). | Keling terus bangun dan mengenakan pakaiannya. Dipakainya gelang engkerimok yang dibuat daripada resam rimba. Dipasang di atasnya gelang betis unus lebus yang membuatnya menyerupai orang bukitan tapus pulang mengembara. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sebayan Ib, Ky | 1. alam roh. | Layoh sudah melahirkan dirinya dalam dunia sebayan itu. Tidak akan hidup walaupun ditangisi saban hari. Rohnya akan tersesat dalam dunia sebayan itu nanti. | Antologi Cerpen Bunga Rimba | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sakang Ib | azimat dan ubat-ubat bomoh. | Emak dah buang segala kepercayaan tentang polong, jembalang, sakang, bunyi burung ketupong, mimpi dan macam-macam lagi. Yang hantunya bukan hantu, emak. | Antologi Cerpen Bunga Rimba | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ngabas Ib, MSr | melawati atau menjenguk seseorang atau tempat. | Katakan untuk menghormati orang meninggal dunia. Katanya bukan untuk ngabas, berduka dan menghormati tetapi bersukaria. Inilah tak betulnya adat kita, katanya. | Antologi Cerpen Bunga Rimba | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
rabat Ib | suasana kesedihan kerana kematian. | Watt jangan terlalu minum arak dan langkau. Ini rabat hari kematian bukan bergawai. Watt tentu tahu. Kadang-kadang orang yang datang itu bukan untuk menghormati orang mati, tetapi bersukaria. | Antologi Cerpen Bunga Rimba | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
uki Ib | tauhu yang telah dikeringkan, fucuk. | Suruh Bedi goreng dengan kacang panjang campur kicap. Kuahnya ayam tadi bercampur uki. Cukuplah lauk begitu. Kita tak mampu. Duit seratus itu, entah cukup atau tidak. Babi kita dah dikorbankan empat bulan yang lalu. | Antologi Cerpen Bunga Rimba | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
temawai Ib | bekas tapak rumah panjang yang ditumbuhi pokok-pokok baru. | Sudah mencapai ketumpulan usaha untuk mencari anaknya di kebun lada, sejam berjalan ke temawai, di pendam; manalah tahu dia menangis di situ atau di langkau. Sudah menyengat sekali rasa sengal pada lutut dan pinggangnya ketika mendaki bukit mencari Luyuh. | Antologi Cerpen Bunga Rimba | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |