mungkul Ib | denda yang bernilai satu ringgit. | Upah aku tidak banyak. Seperti yang biasa dilakukan dahulu, kalau mengadakan upacara belian seperti ini upahnya lapan mungkul saja, parang sebilah, tajau sebuah, dan ayam seekor. | Antologi Cerita Rakyat Iban | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
haboi Kd | tali pinggang yang diperbuat daripada syiling perak. | Haboi - bertungkat, ringgit perak yang dipakai di bahagian pinggul atau pinggang. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah. | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kurisang Mr Td | kerongsang. | Geroncong - Kurisang iaitu sejenis pin penyemat belahan dada baju selalunya diperbuat daripada ringgit perak. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
cuncun, *cun-cun* MSr | tepat, padan, sesuai (ukuran, sasaran). | Kalau semuanya sudah selamat dipunggah ke gudang Ah Guan nanti, dapatlah wang enam ringgit cuncun; tidak lebih dan tidak kurang. | Antologi Cerpen Hati | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
rangin Ib, MSr | sejenis kuih yang berwarna putih yang diperbuat daripada adunan kelapa, tepung pulut dan gula. | Mak Minah meninggalkan rumah berbekalkan wang sebanyak dua ringgit. Dia tahu menantunya suka memakan kuih rangin dan Kartini suka kepada penyaram. | Bermulanya Di Sini | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |