Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[rom.bo.ngan] | رومبوڠن

Definisi : sekumpulan orang (yg bekerja atau datang dll bersama-sama): menteri itu dan ~nya telah tiba di Pulau Pinang pagi tadi; satu ~ pegawai Malaysia akan be­runding dgn pegawai-pegawai Filipina; ~ kebudayaan sekumpulan penari (pelakon, penyanyi, dll) yg melawat ke sesuatu tempat utk membuat pertunjukan dsb; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rom.bo.ngan] | رومبوڠن

Definisi : sekumpulan orang yg bekerja, melancong dll bersama-sama: Satu ~ pelawat dr Sarawak telah melawat Angkasapuri pagi tadi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rombong
Kata Terbitan : rombongan,


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
pisit Ibrapat.KIRA-KIRA tiga hari selepas kejadian itu, Jubang (Peyelenggara DBP Sarawak). 1992. DBP & KPM. mengajak Keling mengetuai rombongan menyerang bala Banggai di sebelah mega pisit, menyerang ke benua Nading di coreng pintu langit.JubangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tilau-tilau idaan Bj Smperbuatan merisik calon isteri/menantu (secara tidak rasmi).Namun, Rohayu sedar, tidak seperti keluarga lain, apabila menerima rombongan tilau-tilau idaan, pelbagai soalan dikemukakan seperti; apakah anak gadis mereka memang sudah tiba masanya untuk berumahtangga?Dari Dalam CerminGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
biau Ibupacara berdoa sambil mengibarkan seekor ayam semasa majlis keramaian (untuk maksud sosial).Seluruh isi rumah itu berkumpul menghadiri upacara ‘biau’ itu. Ayah dan ibu Kumang juga hadir di situ. Mereka datang berserta dengan rombongan siang tadi.Novel Kumang BertelurGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
pandong, *pandung* Ibbinaan khas yang didirikan di tengah ruai, semasa diadakan upacara gawai. Binaan ini dikelilingi lemambang semasa menyanyikan mantera.Langau bukan langau mendebungakan bunga Jawa, Mengapa pandong pak cik Apai Sabit Bekait condong, Dikelilingi rombongan Laja, kata mereka mengap.Gurang dengan Ansang MiangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
keromong Ibsejenis alat muzik berupa gong kecil yang diperbuat daripada tembaga. Ia terdiri daripada tujuh buah dengan bunyi yang berlainan.Kami yang datang beramai-ramai ini, ialah untuk menepati janji yang telah kami buat dengan ayah Kumang. Rombongan kami ini yang datang berserta dengan gong dengan ‘keromong’, ialah hendak meminta dibahagikan batu bulan purnama, batu Petakang Bintang Tiga dengan batu intan yang bercampur permata, yang boleh bertukar menjadi manusia dan boleh juga bertukar menjadi pengaruh yang boleh membawa harta benda.Novel Kumang BertelurGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas