Yumun Kd KB | dewa perempuan. | 23. Yumun atau Umun - Dewa perempuan isteri kepada Kinorohingan, dewa pencipta, kediamannya di kayangan yang tertinggi. | Sepintas Lalu Mengenai Adat Istiadat Dusun/ Kadazan Kota Belud | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
yoru Mr Tl | pemimpin upacara keagamaan (perempuan). | Dalam upacara ini, spesialis upacara amal (yoru) itu akan menyampaikan mantera dan diikuti dengan memasukkan tumbuh-tumbuhan upacara amal dalam satu baldi berisi air. | Padi dan Keajaibannya | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Yolingkong Kd KB | sejenis roh jahat. | 40. Yolingkong – Pembawa penyakit dari roh jahat. | Sepintas Lalu Mengenai Adat Istiadat Dusun/ Kadazan Kota Belud | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
wong, *wunf* Ib | jeram. | Malam itu mereka mendengar orang riuh seakan-akan bunyi orang yang menghadiri gawai, lengkap memakai pakaian tradisional orang-orang Iban. Logam perhiasan kain sarung mereka kedengaran berbunyi berteng-teng seperti bunyi burung emping aling yang sedang makan buah pokok kara. Begitu juga dengan loceng gerunong sanggang yang menjadi perhiasan ikatan pedang berbunyi gurong-gurong seperti bunyi jeram wong yang bertingkat lima. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
wit Ib, MSr | mengarahkan (perahu dll) ke tempat yg dituju. | Pengayuh di tangannya sekejap dipaut sekejap diwit untuk mengelakkan perahu tuko mereka dari tersasah dan melanggar tebing Sungai Majan yang sempit. | Antologi Cerpen Hati | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
wi Bd, Ib, MSr | rotan. | Aku umpama rotan wi disambungi tali. Umpama rotan biasa disambungi rotan danan. Umpama akar tengang disambungi pokok tulang. Umpama daun lemba disambung benang ira. | Novel Satangkai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
wat Ib | panggilan manja untuk anak atau menantu lelaki, terutama kepada anak lelaki atau menantu lelaki (sama seperti dom, jang, ulup dan unggal). | “Naik wat,” kata Manang Jamba. “Ya, pak memanglah hajat kami ini datang hendak menemui bapak.” Setelah mereka duduk Manang Jamba memberi mereka rokok dan pinang. “Awak semua dah makankah tadi?” tanya Manang Jamba. | Antologi Cerita Rakyat Iban | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
wasoi Kd, Tb | alat seperti beliung, biasanya digunakan untuk menarah papan. | Peralatan moden juga perlu untuk menggantikan alat-alat tradisional agar proses pembuatan menjadi lebih cepat dan mudah. Contohnya: 1. Pais diganti dengan pisau 2. Susuput diganti dengan Soldering Kit.elektrik. 3. Sopinit/Sopilut diganti dengan gam yang kuat dan mudah kering. 4. Dangol digantik dengan gergaji halus/gergaji besi.5.Wasoi diganti dengan kapak penebuk/pengaut. | Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita Bersama | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
wani MSb | kuini; Mangifera odorata. | Pokok bambangan ada. Pokok belimbing ada. Pokok wani ada. Kesukun ada. Pokok kelapa memang banyak. | Bahar | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
walai goronai Tb | rumah kecil yang dibina untuk digunakan sebagai tempat penyediaan barang persembahan kepada makhluk halus. | Ugang akur. Kerja begitu, sudah tidak asing lagi dalam masyarakat kampungnya. Kelengkapan sudah siap dalam satu talam. Kemudian diletakkan di atas walai goronai. | Bagai Camar Di Lautan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |