leletan Ib | torak. | Mengikut cerita orang tua-tua, orang di Rumah Panjang Mendas masih ada menyimpan sumpitan Unggang. Orang di Kawit pula masih menyimpan tombaknya manakala orang di Lichok menyimpan alat leletan. Unggang memperolehi barang-barang tersebut semasa dia berkahwin dengan Jeburi. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
nonton Sk | menziarahi, berkunjung. | Kelak mudahlah membawa diri ke mana-mana sahaja, terutamanya kalau nonton di rumah orang tua. | Jagung Pulut Pusaka Moyang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
hantu pala, *antu pala* Ib | tengkorak manusia yang diperoleh semasa peperangan. | Dia duduk di ruai rumah itu. Di ruai rumah itu, dia melihat banyak hantu pala. Agak gelap ruai itu kerana dilindungi hantu pala. Dari jumlah hantu pala itu, fahamlah Medang bahawa orang tua itu adalah raja berani. Dia duduk di situ dan tidak lama kemudian orang tua itu bertanya sama ada sudah makan atau belum. | Antologi Cerita Rakyat Iban | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
miontong Kd | dewa pelindung. | Semua orang Kadazan dulu menyembah itu Tua Pek Kong (dewa Cina) juga. Ya, dulu. Ada yang menyembah penjaga di rumah. Kadazan bilang miontong (dewa). | Membaca Mitos dan Legenda Kadazandusun | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |