tanju Ib | pelantar rumah panjang biasanya digunakan untuk menjemur padi. | Tidurlah cucu, jawab Raja Langit. Apabila Raja Langit masuk ke bilik mereka berdua pun pergi ke tanju. Dari tanju itu mereka melihat tempat tidur cucu Raja Langit. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
hantu pala, *antu pala* Ib | tengkorak manusia yang diperoleh semasa peperangan. | Dia duduk di ruai rumah itu. Di ruai rumah itu, dia melihat banyak hantu pala. Agak gelap ruai itu kerana dilindungi hantu pala. Dari jumlah hantu pala itu, fahamlah Medang bahawa orang tua itu adalah raja berani. Dia duduk di situ dan tidak lama kemudian orang tua itu bertanya sama ada sudah makan atau belum. | Antologi Cerita Rakyat Iban | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
raga menarang Ib | sejenis raga yang mempunyai motif anyaman yang khusus (mempunyai corak hitam). | Saka terus balik membawa sebuah raga menarang, yang diberi Raja Remaung dan isterinya, babi hutan yang ditangkap oleh Raja Remaung dibawanya juga. Setelah berjalan untuk beberapa ketika dia pun sampai di rumah panjang. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
jerunai, *jerunei* Ml | tiang untuk menyimpan mayat keluarga pembesar masa dulu. | Ini adalah adat raja dan adat orang yang mempunyai hamba abdi tatkala itu apabila mereka hendak mendirikan rumah atau mendirikan tiang 'jerunai'. Kononnya itu adalah sebagai persembahan kepada hantu penunggu tempat itu. | Maharaja Tugau | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
igat Ib | sapaan merujuk kepada menantu lelaki atau orang lelaki muda. | Nanti dululah igat, masih awal ini, kata Raja Remaung, yang sebentar kemudian keluar dari rumah itu dengan alasan hendak membuang air besar, tetapi sebenarnya dia mengambil dua helai daun pisang yang diletakkannya di bawah tempat tidur isterinya. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kucay, *kuche* Ib | sejenis burung kecil, berwarna merah di bawah lehernya manakala badannya berwarna kehijau-hijauan. Burung ini dipercayai membawa petanda buruk sekiranya ia memasuki rumah. | Kalau mendengar burung pangkas atau pangkas blau (sejenis ikan haruan yang mengangakan mulutnya dan berbunyi seperti pangkas) atau burung kucay (yang berbunyi seperti pangkas) semasa seseorang itu menebas atau menebang, ini petanda yang baik. Ia boleh meningkatkan kesenangan seseorang kalau seseorang itu miskin. Kalau seseorang itu anak raja atau seseorang yang kaya, burung ini tidak baik baginya. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |