tompek ambulung Bj Sm | lempeng sagu. | Mereka yang terdiri daripada embok-embok, ada antaranya belum sembuh daripada sakit pening dan yang amat kepayahan mengunyah tompek ambulung, secara mendadak serentak datang; bagaikan pahlawan kerdil mencabar gerombolan lembaga yang menyerupai wajah Haji Salam itu, yang bagaikan gerombolan gergasi!. | Dari Dalam Cermin | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lemanta, *lemantak* Ml, MSr | 1. tepung rumbia. 2. tepung sagu. | Tiap-tiap hari tubuhnya turut berjemur dengan tepung lemanta. Tubuhnya terbiar dicubit panas terik matahari. Upahnya berapa sen cuma. Tepung lemanta tiada harga. | Antologi Cerpen Hati | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
amboyat, *ambuyat* Bs, Mr | sejenis makanan yang diperbuat daripada tepung sagu yang dimasak menggunakan air panas. | Sesungguhnya, memang Paring sedar. Dia masih sayangkan anak-anaknya. Malah semakin hari semakin kental. Sekental amboyat. Namun, anak-anaknya kini sudah dewasa. | Antologi Cerpen Dukanya Abadi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
manggarus Bs | memarut batang rumbia. | Dari apa yang diperlihatkan oleh para penari Sayau Bagarus ada lima cara mereka mendapatkan sagu, iaitu menebang pokok rumbia, membuka kulit, manggarus, menginjak dan menyaring. | Tarian hadiah untuk pengantin | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
linut Kn, Ml, Pe | sejenis makanan dibuat daripada tepung rumbia, dimakan dengan cara mencampurkannya dengan air panas dicicah dengan sambal. | Talap mengajak rakyatnya menetap di situ. Mereka cepat pandai mengerjakan rumbia kerana sudah biasa memperolehi sagu palma pantu yang hampir serupa. Mereka pandai membuat makanan seperti linut dan tumpu daripada tepung. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |