Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sam.bu.tan] | سمبوتن

Definisi : 1. penerimaan (ketibaan tetamu dll), cara-cara meraikan atau menyambut sesuatu (hari raya, tetamu, dll): bagaimana nanti ~ yg akan diterimanya kalau ia pergi ke sana? 2. perhatian (pandangan, anggapan, dll) terhadap sesuatu hal, reaksi: buku karangannya telah mendapat ~ yg baik drpd masyarakat; 3. jawaban terhadap cabaran (tentangan dll), balasan, perlawanan: cabaran itu mendapat ~ drpd orang-orang muda; 4. barang yg dibeli dgn bayarannya ditangguh-kan, barang yg diamanahkan utk dijual; ~ baik penerimaan baik, perkenanan, per-setujuan; ~ permaidani merah sambutan istimewa yg diberikan kpd tetamu kenamaan atau orang yg terkenal, biasanya ketibaannya disambut dgn hamparan permaidani merah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sam.bu.tan] | سمبوتن

Definisi : 1 cara-cara meraikan ketibaan tetamu dll: Setibanya di bandar itu, beliau telah menerima ~ yg sangat meriah. 2 perhatian dll yg diberikan terhadap sesuatu hal: Buku karangannya tidak mendapat ~ yg memuaskan drpd masyarakat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
rampanau Kdterompah galah.Tiga peserta bersaing dalam ucara rampanau bagi kategori lelaki berusaha untuk memenangi acara itu yang dianjurkan sempena sambutan Pesta Kaamatan di Hongkod Koisaan di Panampang, pada Isnin.Daily Express (Harian Ekspres)Glosari Leksikal Bahasa Sukuan
mipulos Kdgusti tangan.Dua peserta dari suku kaum Dusun Subpan Lahad Datu, Rina Kalong, 19 dan Rina Baginda, 25, (Kanan) beradu kekuatan ketika menyertai sukan tradisional mipulos (gusti tangan) sempena sambutan Pesta Kaamatan di Hongkod Koisaan, di Panampang, Ahad lepas.Daily Express (Harian Ekspres)Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas