Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sam.pu/] | سمڤوق

Definisi : = menyampuk 1. melanggar sesuatu (ketika berjalan); 2. menangkis atau menepis (pukulan dll); 3. mengganggu kesihatan (oleh hantu), merasuk (oleh hantu): kenapa budak itu terjerit-jerit sahaja, disampuk hantu agak-nya; 4. mencelah (percakapan orang), me-motong cakap, mencampuri (hal orang lain): Azlan tidak sedikit pun menyampuk sehingga ayahnya habis bercakap; menyampukkan melanggarkan, meng­hantuk-kan; tersampuk 1. terlanggar atau terhantuk (ketika berjalan), tersandung; 2. jatuh sakit (kerana diganggu hantu), keteguran: anaknya ~ hantu petang tadi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sam.pu/] | سمڤوق

Definisi : ; menyampuk 1 melanggar atau menyepak sesuatu ketika berjalan. 2 mengganggu serta menyakiti orang (bkn hantu). 3 mencampuri percakapan atau urusan orang lain; mencelah per­bualan orang lain. tersampuk 1 terlanggar sesuatu ketika sedang ber­jalan. 2 jatuh sakit kerana diganggu hantu; keteguran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sampuk
Kata Terbitan : menyampuk, menyampukkan, tersampuk,


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
sampok, *sampuk* Ibanai-anai.Semasa berhuma, kalau batu yang digunakan untuk mengasah di huma dibaluti sarang semut jenis sampok (anai-anai), ini petanda baik. Tetapi kalau batu itu tidak habis dibalutinya, ini tidak baik. Batu huma yang dibaluti semut jenis lain juga sama dengan maksud yang dibawa oleh semut jenis sampok ini.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kadaat Kdketeguran atau kena sampuk makhluk atau roh halus.Dia muntah, Irom menjelaskan. "Dia perlu disembahyangkan. Barangkali dia kena kadaat," jelas Irom.Nur EtikaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
engkerimuk Ibsejenis gelang perak yang dipakai di bahagian betis orang lelaki (kaum Iban).Sirat panjang amat menawan membelit riba, meliliti pinggang Gelang engkerimuk sungguh cucuk seperti sampuk meniti batang.Novel SatangkaiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas