Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : tali dll yg diselendangkan di bahu (disilangkan di dada) utk membawa sesuatu; kata ~ (Lin) kata penyerta; sayap ~ selepang (rantai emas) yg disilangkan di dada; menyandang 1. membawa sesuatu dgn tali dll yg diselendangkan di bahu: ~ senapang; ketika bertanya itu, ia sedang ~ kameranya; 2. memikul, memanggul: ~ pedang; orang yg membawa persalinan itu semuanya ~ tetampan kekuningan; 3. ki menanggung atau menderita sesuatu (kesusahan, kesakitan, dll): ~ derita; 4. ki menjawat sesuatu pekerjaan (tugas dll), menjabat, memegang gelaran (pangkat dll): jawatan Timbalan Perdana Menteri itu telah lama benar disandangnya; menyandangkan memikulkan, menyuruh memanggul; penyandang 1. orang yg menyandang se-suatu (di bahu); 2. orang yg menyandang (memikul, memanggul); 3. orang yg menyan-dang (sesuatu jawatan dsb). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
sandang
Kata Terbitan : menyandang, penyandang,


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
sandang Kdsandang daripada pokok hisad dan disangkutkan di bahu ketika menari Sumazau.Sandang - Selindang – diperbuat daripada sejenis tumbuhan yang dalam bahasa Kadazan disebut hisad, ianya menyerupai daun pandan yang telah diraut sebesar kira lima milimeter.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
seladan Ibsejenis bakul sandang yang biasanya digunakan untuk membawa barang-barang yang berat dan kasar.Beberapa helai seluar dan baju lusuh terbungkus erat dalam sebuah plastik juga dimasukkannya ke dalam perut seladan.Mengepung MimpiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
selabit Ibsejenis bakul sandang yang biasanya digunakan untuk membawa barang-barang yang berat dan kasar.Maja pun pergilah dengan membawa selabit dan sebaik saja dia pergi Keling dan kawan-kawannya bangunlah.Gurang dengan Ansang MiangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kelupit LBsejenis raga sandang dianyam daripada rotan yang digunakan oleh lelaki untuk membawa barang, dan selalunya dijadikan barang hantaran perkahwinan untuk pengantin perempuan.Maka mereka pun berangkat dari rumah Ilan Piuh itu. Kelupit tadi dibawa Ilan Piuh di belakangnya dan dia (Ilan Piuh) dibawa oleh Ilan Buser di belakangnya.Antologi Cerita Rakyat Suku Kaum Lun BawangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
hisad Kdsejenis tumbuhan palma.Sandang - Selindang – diperbuat daripada sejenis tumbuhan yang dalam bahasa Kadazan disebut hisad, ianya menyerupai daun pandan yang telah diraut sebesar kira lima milimeter.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
boton Tbsejenis bakul yang diperbuat daripada pucuk nipah atau kulit kayu. Ia berbentuk bulat dan mempunyai tali untuk di sandang di belakang. Ia biasanya digunakan untuk mengangkut padi.Heboh pula suatu berita terbaru yang mengatakan bahawa Sindan mati akibat termakan racun. Bantilan akhirnya menangis. Baru dia teringat akan racun perosak yang disimpan di dalam sebuah boton dan dibiarkan tergantung di dinding sebelah luar rumahnya.Susuk TingkayuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas