Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sang.gup] | سڠݢوڤ

Definisi : 1. bersedia (utk melakukan sesuatu dll), rela, sudi: tiada siapa yg ~ mendengar dongeng itu lebih lanjut; 2. boleh atau mampu (melakukan sesuatu): bahasa Melayu ~ meng-ambil peranan sbg Bahasa Kebangsaan di Tanah Melayu; pak ~ a) lelaki yg mengahwini perempuan yg sedang hamil (tetapi bukan dia yg menyebabkan kehamilan itu); b) cina buta; menyanggup sanggup melakukan sesuatu: janganlah kamu ~ saja; menyanggupi 1. menyatakan sanggup (utk melakukan sesuatu), menerima dan bersedia, merelai: demikian sumpah ayahku ketika permintaan itu diterima, dan engkau pun ~nya pula; 2. menyatakan atau menjadikan boleh (kuasa, mampu): tidak seorang pun yg berani ~ cabaran itu; kesanggupan 1. kesediaan (kerelaan dll) utk melakukan sesuatu: kalau ada ~ berun-ding, maka ada harapan baik utk menyelesai-kannya dgn damai; 2. kebolehan, kemam-puan: kaum wanita juga mempunyai ~ utk memegang jawatan sbg penyelia itu; berkesanggupan mempunyai (menunjuk­kan) kesanggupan, sanggup: pelajar di sekolah menengah sudah ~ utk menerima peng­ajaran melalui penyampaian hukum-hukum bahasa yg dipelajarinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sang.gup] | سڠݢوڤ

Definisi : 1 sudi dan berjanji akan melakukan sesuatu; sedia; rela: Dia ~ menolong kita. 2 mampu melakukan sesuatu; cekap: Tentera kita ~ mem­pertahankan negara drpd serangan musuh. menyanggup bersedia melakukan se­s­uatu; menyatakan sanggup: Dia cuma ~, tetapi tidak dilaksanakan apa-apa yg dijanjikan. menyanggupi menyatakan sanggup (utk melakukan sesuatu): Dia ~ segala permintaan penjahat itu. kesanggupan 1 hal bersedia (sudi dsb); kesediaan: ~ tuan utk berbincang amatlah kami hargai. 2 kesediaan dll utk melakukan sesuatu; kemampuan: Kaum wanita mempunyai ~ utk menjadi pemimpin negara. penyanggup orang yg sanggup, menyanggup atau menyanggupi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sanggup (kata kerja)
1. Bersinonim dengan bersedia: rela, sudi, mahu, ingin, suka, setuju, berkenan, tidak keberatan,
Berantonim dengan enggan

2. Bersinonim dengan boleh: mampu, berupaya, pandai, dapat, terdaya, terlarat, berkebolehan, cekap, terbuat, lalu,

Kata Terbitan : menyanggupi, kesanggupan, berkesanggupan,

Puisi
 

Pucuk kangkung batang jerami,
     Bunga padi di Tanah Daik;
Sudah tak sanggup dengan kami,
     Cari ganti tempat yang baik.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Adat yang menurun,
     syarak yang mendaki.

Bermaksud :

Adat dapat menuju kerendahan dan tidak sanggup menghadapi pergolakan masa, tetapi syarak menuju ketinggian dan dapat mengatasi segala gerakan yang menentangnya. (Bandingkan dengan: Adat penuh ke atas, syarak penuh ke bawah).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
rangka Ib, MSrtamak haloba.Nasib baik juga Apai Kejuang dan balanya masih sanggup menunggu. Bakak yang juga bergelar Asu Rangka atau Anjing Gelojoh sebenarnya sudah ada di situ tetapi Maloh tidak mengenalinya.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
merinsak MSrpapa; sangat miskin.Mereka lokek. Setiap sen dihitung. Kartini membayangkan yang dia tidak sanggup berbuat demikian. Pada pandangannya terlalu merinsak orang kalau setiap sen diambil-kira setiap kali menghitung rezeki.Bermulanya Di SiniGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
pugai II LB, Ml, MSrsesuatu yang dijampi untuk memikat hati seseorang, guna-guna.ada suatu hari, datanglah dukun yang sanggup mengubati Merawi. Dukun yang terkenal itu pandai menilik, pandai mengubati penyakit. Dia juga dikenali oleh sebilangan kecil pemuda di kampung itu, kerana pandai membuat ubat guna-guna, tegasnya pugai-memugai.Novel Dugaan TerakhirGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
asu Ib, MSranjing.Bala Maloh terkejut mendengar kata-katanya itu kerana mereka menyangka Radin minta tangguh kerana masih menunggu anjingnya. Ini ialah kerana asu bermaksud anjing. Nasib baik juga Apai Kejuang dan balanya masih sanggup menunggu.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
berambih, *berambeh* Ml, MSr, Sk1. bertandang ke rumah saudara mara untuk beberapa hari. 2. tinggal bersama-sama orang lain buat sementara. 3. makan bersama-sama di sesebuah rumah (keluarga, kawan, jiran).Padil memang tidak pandai membawa diri.Kakaknya sendiri pun tidak sanggup menerimanya, membawa keluarganya untuk berambih walaupun semalam dua cuma.Buhul-Buhul Kasih Di Benang BasahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas