tibang Ib | bekas atau tempat yang diperbuat daripada kulit kayu khas digunakan untuk menyimpan padi. Ia biasanya diletakkan di loteng atau sadau. | Selesai makan Unying menyuruh isterinya menyimpan beras itu ke dalam bekas padi tetapi semua bekas padi yang ada penuh diisi oleh padi yang dibawa oleh Unying. Unying terpaksa membuat tibang yang baru untuk menyimpan padi itu. Sebanyak tiga buah tibang dibuat untuk memuatkan semua padi itu. Keesokan harinya isteri Unying menumbuk padi. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
duwai MSb | ikan bawal. | Berita Pak Suhib yang dikatakan berjaya mendaratkan lebih 50 kilo udang kertas subuh tadi begitu hangat diperkatakan. Begitu juga berita perahu Pak Mail yang senget kerana keberatan membawa ikan duwai setelah merentangkan pukatnya sebanyak tiga sambungan itu. | Teduhlah Hujan Redalah Angin | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tukal Ib | kumpar. | Taya yang sudah dibuang biji itu disebut sebagai luli. Luli ini akan dipusingkan untuk menjadi benang. Benang ini pula akan dibelitkan pada sejenis alat yang dipanggil tukal sebanyak tiga belitan. Tukal diperbuat daripada buluh dan panjangnya ialah dua kaki. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
engkerumong, *engkerumung* Ib | sejenis alat muzik yang dimainkan semasa tarian ngajat. Bahagian hadapan yang dipukul seperti gong tetapi bentuknya lebih kecil, biasanya sebanyak tujuh biji dimainkan dalam satu masa. | Sejak dari itu orang di rumah panjang itu sering kali meminta padi dari Anyong dan Anyang dengan menukarnya dengan gong, tempayan lama, engkerumong dan harta pusaka yang lain, kerana mereka sentiasa tidak cukup padi untuk dimakan dalam satu-satu tahun. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sintong, *sintung* Ib | sejenis keranjang berbentuk bulat yang diperbuat daripada rotan dan bemban, mempunyai dua tali untuk disangkutkan di bahu. Ia digunakan khas semasa menuai padi. Ia boleh menampung sebanyak 2-3 gantang padi. | Barang-barang yang mereka bawa itu disimpan di dalam selabit, dibawa di belakang dengan sintong dan sebagainya. | Antologi Cerita Rakyat Iban | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
mengalai Tb | upacara perubatan yang dilakukan oleh bomoh yang berlangsung selama 7 malam dengan diiringi oleh alat muzik kulintangan. | Pak Ungkal terus mengalai. Dia sini menglilingi Ansuri sebanyak tujuh kali. Di samping mengalai Pak Ungkal mengipas-ngipas tubuh Ansuri. Dia menghalau penyakit daripada tubuh wanita itu. | Hijrah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |