bakokong Mr | sejenis alat muzik yang terdiri daripada sebelas buah batang buluh yang terdiri daripada Talison dan kotang-kontangan di mana bentuknya seruas/tiga ruas seperti Tagunggak dan dimainkan secara solo. | Panjang sebatang Talison pada alat Bakokong ini tidak lebih dari dua kaki (60 centimeter) sahaja, manakala ukuran pada sebatang Kotang-kotongan yang paling pendek dan kecil tidak lebih dari 0.5 kaki atau 15 centimeter sahaja. | Bakokong Dimain Untuk Hilang Penat | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pongoluan Kd | alam barzah. | Pada zaman lampau, sebatang buluh tambahan yang panjang dipacak di tepi kubur dengan hujungnya menghala ke arah Gunung Kinabalu. Ia bertujuan untuk memberi panduan kepada roh si mati ketika roh itu meneruskan perjalanannya ke tempat persemandiannya yang kekal atau "Pongoluan". | Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan Kadazan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
penyigupan Tb | tempat yang digunakan untuk menyimpan tembakau. | Dia mencapai penyigupan dan mengeluarkan sebatang tigur. Sedikit sigup dimasukkan ke dalam tigur. Tigur digulung kecil. Api mancis dicucuh ke hujung tigur. | Susuk Tingkayu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
payan Ib | sejenis buluh besar; Dendrocalamus asper. | Semasa dalam perjalanan Sera Gunting terjumpa sebatang buluh payan. Buluh payan menanyakan tujuan perjalanannya. Dia mengatakan dia hendak pergi menemui datuknya Sengalang Burong di langit. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
bangkit Ib | sejenis tumbuhan kecil yang mempunyai buah yang berbau wangi. | Dia ada menanam sebatang pokok asam kemantan yang sungguh besar batangnya dan masih boleh dilihat sekarang. Tidak jauh dari situ juga, dalam kawasan Rapong, ada pokok bangkit yang sangat besar. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tarap MSb | sejenis tumbuhan, buahnya boleh dimakan; Artocarpus incisus. | Sekumpulan burung punai, bercempera lari dari sebatang pohon tarap. | Sitti Ariana | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tipa-tipa Tb | sebarang bekas yang bertutup yang berasal daripada tin. | Pak Odok mengeluarkan tipa-tipa. Dia mengeluarkan sebatang tigur. Lantas menghulurkan kepada Nanak. | Susuk Tingkayu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tumbolang Tb | tempat membawa air yang diperbuat daripada bambu. | Bagaikan tergesa-gesa dia tiba di halaman rumahnya. Sirah, adiknya baru sahaja muncul dari pangkalan. Dia membawa sebatang tumbolang yang berisi air. Anak gadis itu kelihatan basah kuyup. | Susuk Tingkayu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pogil Tb | sejenis tumbuhan berkayu yang berjenis ringan, pucuknya boleh dibuat ubat. | Pak Odok turut tersenyum. Parang di tangannya dimasukkan ke dalam sarung yang terikat di pinggangnya. Pak Odok duduk di atas sebatang kayu. Nanak meletakkan basikalnya di bawah pohon pogil. Dia duduk di sisi Pak Odok. | Susuk Tingkayu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tadang Kd | bakul sikutan dibuat daripada jalinan pelepah rumbia dan digunakan utk membawa tuaian padi. | Bobohizan akan menuju ke rumah padi untuk menjalankan upacara Poposisip. Di dalam rumah padi sambil membaca mantera, Bobohizan mengeluarkan ikatan padi dari Tadang dan disisipkan di atas sebatang buluh yang terdapat di Tangkob. Mantera dibaca untuk memohon agar Bambaazon tinggal di rumah padi hingga musim menanam yang seterusnya tiba dan bambaazon tersebut dipohon turun semula ke sawah. | Upacara Magavau: Kemanakah Menghilang? | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |