ngetu Ib | berhenti sebentar. | Tidak seorang pun di dalam rumah panjang itu yang mengenali siapa tetamu itu. Mereka termenung seperti ikan empelekong yang mabuk tuba lalu berhenti ngetu seribu orang di situ seperti jelu yang membuka pintu puntang reraga. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lanjar MSr | panjang. | Dengan langkah yang lanjar Pak Udak Hassan berlalu ke dapur. Sebentar kemudian, dia muncul semula sambil membawa setandan besar buah pisang yang sedang masak menguning. | Ketipung Bunga Jambu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kirai MSb | daun nipah. | Mereka makan dengan berselera sekali. Selepas makan mereka beristirehat sebentar. Emak menyumbat mulutnya dengan sirih. Bapa juga begitu. Emak menggulung sigup dengan kirai. Bapa juga begitu. | Sawah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sigup MSb | tembakau (pada rokok). | Mereka makan dengan berselera sekali. Selepas makan mereka beristirehat sebentar. Emak menyumbat mulutnya dengan sirih. Bapa juga begitu. Emak menggulung sigup dengan kirai. Bapa juga begitu. (hlm. 7) Kaki lima kedai-kedai, dan di tempat-tempat kosong yang lapang menjadi tempat kebanyakan wanita-wanita menjual bermacam-macam sayur-sayuran, buah-buahan, ikan, daun rokok (kirai) tembakau (sigok) dan berpuluh jenis jualan lagi. | Sawah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pintal-memintal Tb | perbincangan akhir tentang hantaran. | Acara belum bermula lagi. Pintal-memintal belum kedengaran. Sebentar lagi, Imam Tuk Batil akan berhadapan dengan Turagai. Mereka akan berbincang sebaik-baik mungkin. Mana yang tidak kena, akan dicari jalan penyelesaian. | Susuk Tingkayu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kibut Ib | sejenis bekas besar daripada kaca atau plastik untuk mengisi air. | Ada juga yang terpaksa pergi sebentar ke pekan untuk membeli gula, minyak masak, tembakau, garam dan minyak tanah. Mereka tidak perlu membeli banyak minuman keras kerana terdapat lapan bekas kibut sumbangan Tauke Juho. | Bumi Bertuah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
nyangahant Sk | membaca mantera atau jampi kesyukuran di majlis gawai. | “Ke mana kau? Mandi lagi. Orang hendak nyangahant sebentar lagi. Ahtieng sudah siap.” | Berakhirnya Pesta Ngongcong | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
belon engkabang, *bilun engkabang* Ib, MSr | helikopter. | Memang Umai terlonjak-lonjak kegembiraan melihat helikopter itu berpusing-pusing di udara sebentar tadi. Dua buah helikopter itu mungkin membawa menteri dan rombongannya. "Belon engkabang!” Jerit Umai. Kasau ketawa. | Buaya Putih Buaya Kudung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
igat Ib | sapaan merujuk kepada menantu lelaki atau orang lelaki muda. | Nanti dululah igat, masih awal ini, kata Raja Remaung, yang sebentar kemudian keluar dari rumah itu dengan alasan hendak membuang air besar, tetapi sebenarnya dia mengambil dua helai daun pisang yang diletakkannya di bawah tempat tidur isterinya. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |