kelkati MSb | kacip pinang. | Titik Gabang - iaitu kayu pemukul anak-anak gabang bagi mengeluarkan bunyi-bunyi yang dikehendaki. Panjangnya kira-kira 10 inci dan bentuknya menyerupai sebilah kelkati. Ianya diperbuat daripada kayu dan dibuat berukir-ukir. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
mungkul Ib | denda yang bernilai satu ringgit. | Upah aku tidak banyak. Seperti yang biasa dilakukan dahulu, kalau mengadakan upacara belian seperti ini upahnya lapan mungkul saja, parang sebilah, tajau sebuah, dan ayam seekor. | Antologi Cerita Rakyat Iban | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tutubit, *tutubik* Mr | sejenis alat yang digunakan oleh bobolian dalam upacara pengubatan tradisional. | Kelopak mata Charlene terkedip-kedip, memerhatikan upacara yang sedang berlangsung. Di tangan tentagas itu, tergenggam sebilah lembing, tutubit, giring-giring dan lain-lain untuk upacara itu. | Debur Menerpa | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
titik gabang Sl, Tb | pemukul gabang. | Titik Gabang - iaitu kayu pemukul anak-anak gabang bagi mengeluarkan bunyi-bunyi yang dikehendaki. Panjangnya kira-kira 10 inci dan bentuknya menyerupai sebilah kelkati. Ianya diperbuat daripada kayu dan dibuat berukir-ukir. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kuriding Bj, Tb | sejenis alat muzik kecapi mulut yang diperbuat daripada kulit pelepah pokok palma (pokok polod). | Dia sedar bahawa segala-galanya telah berakhir. Segala-galanya telah musnah. Dan yang tinggal hanyalah sebilah kuriding bumbu, tanda cinta, secebis kenangan dan sebuah rindu. Rindu, entah dari teluk mana hadirnya. | Bagai Camar Di Lautan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
magasab Kd | perbuatan seperti mengeluarkan bunyi-bunyian dengan tujuan untuk menaikkan semangat. Upacara ini dilakukan ketika pahlawan-pahlawan hendak berangkat ke gelanggang pertempuran, sekembalinya dari peperangan dan semasa upacara mencari pahlawan-pahlawan yang terhandal. | Menurut datuk ayah, alat-alat ini dipalu bersama sebuah canang, gendang dan sebilah cangkul semasa upacara magasab. | Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita Bersama | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |