Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. tidak lebih dan tidak kurang, biasa, pertengahan, sedang: badannya ~, tidak tinggi dan tidak rendah; pakaiannya yg ~; 2. tidak banyak selok-beloknya, tidak rumit, tidak sulit, mudah: buat satu ayat yg ~; dia menjelaskannya dgn kata-kata yg ~; menyederhanakan menjadikan sederhana (sedang, mudah, pertengahan, dll): kerajaan hendak ~ sistem pelajaran; kesederhanaan perihal sederhana (sedang, pertengahan): suasana kampung yg harmonis digambarkan oleh Othman dgn penuh ~; penyederhanaan perbuatan menyeder­hana­­-kan: Ejaan Suwandi merupakan ~ dan pe­nyem­­purnaan terhadap Ejaan van Ophuy­sen. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 tidak lebih dan tidak pula kurang; pertengahan saja; se­dang: Pakai­annya ~ sekali. 2 tidak ba­nyak selok-be­loknya; tidak sulit; mudah: Gunakan­lah ayat-ayat yg ~ saja supaya mudah di­faha­mi orang. menye­derhanakan men­ja­dikan sederhana (tidak keterlaluan). kesederhanaan hal atau keadaan se­der­hana. penyederhanaan perbuat­an atau hal menyederhanakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sederhana (adjektif)
Bersinonim dengan biasa, tidak lebih tidak kurang, ugahari, bersahaja, sedang, pertengahan, tidak keterlaluan, berpatutan;,
Kata Terbitan : menyederhanakan, kesederhanaan,

Peribahasa

Melebihi ancak-ancak,
     mengurangi sia-sia.

Bermaksud :

Dalam melakukan sesuatu pekerjaan hendaklah sederhana supaya selamat. ancak-ancak = tidak pedulikan baik buruknya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
irun Ibsejenis tempayan sederhana besar dan berwarna hitam.Jenis-jenis tajau ini ialah seperti rusa, menaga, ningka, betanda, sergiu dan guci. Tajau yang lebih kecil seperti irun, panding dan jabir juga dibeli tetapi tajau-tajau ini tidaklah sepenting tajau-tajau lain.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tajau binukul Mrsejenis tempayan, bersaiz besar, sederhana tinggi, ada yang berwarna kehitam-hitaman.Err mereka mau tajau tiluan empat buah, jelas ibunya teragak-agak. "Tajau binukul pula, enam buah. Dan tajau balayung, tajau malalair, masing-masing lima buah.Antologi Cerpen Dukanya AbadiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tajau tiluan Mrsejenis tempayan yang bersaiz besar dan sederhana tinggi.Err mereka mau tajau tiluan empat buah, jelas ibunya teragak-agak. "Tajau binukul pula, enam buah. Dan tajau balayung, tajau malalair, masing-masing lima buah.Antologi Cerpen Dukanya AbadiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
begagung, *gagung* Ibbaju tanpa lengan (pakaian tradisional lelaki Iban).Seorang lelaki yang kelihatan gagah perkasa tapi mempunyai susuk badan yang sederhana besar pun datang. Dia memakai gelang manik, pedang di pinggang dan begagung.Gurang dengan Ansang MiangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas