Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ha.ri] | سهاري

Definisi : satu hari; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ha.ri] | سهاري

Definisi : satu hari. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sehari

Puisi
 

Kain sehari tudung sehari,
     Mari disangkut atas daun;
Kalau tak pandang sehari,
     Rasa diri bagai setahun.


Lihat selanjutnya...(48)
Peribahasa

Sehari selembar benang,
     lama-lama jadi sehelai kain.

Bermaksud :

Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Sedikit-sedikit tekun, lama-lama menjadi bukit).

 

Lihat selanjutnya...(13)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
bulan rerak Ibsehari selepas bulan purnama.Beberapa orang gadis dan ibu datang juga untuk memerhatikan corak anyaman tikar bemban yang baru saja siap dianyam oleh isteri Senurok. Corak jenis bulan rerak, kata penganyam tikar itu. Pemuda-pemudi di situ duduk senyap, mempelajari bahasa kebangsaan melalui radio.Bumi BertuahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tamu MSbpekan (pasar) sehari.Nanak tahu, ibunya sedang menganyam daun pandan. Nanak tahu, pandan itu nantinya akan dijual di tamu, minggu depan. Itulah satu-satunya pendapatan sambilan yang diperoleh selain bercucuk tanam.Susuk TingkayuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tompuan Kd KBsejenis roh jahat.22. Tompuan – Roh bahan gunaan hidup manusia sehari-hari, kadangkala menjadi mimpi berkelamin antara lelaki dan perempuan. Tempat tinggalnya di bumi dan di kayangan.Sepintas Lalu Mengenai Adat Istiadat Dusun/ Kadazan Kota BeludGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
menjaul Mlmengail.Mereka seperti biasa: mereka memasang pandik, menjaul baung, menahan sarang belida atau melalau petian di sungai. Kadang-kadang mereka bermain guli. Apabila musim durian junterah mereka berjaur di dusun sehari suntuk.Berakhirnya Pesta NgongcongGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
berjaur MSrmenunggu buah gugur.Mereka seperti biasa: mereka memasang pandik, menjaul baung, menahan sarang belida atau melalau petian di sungai. Kadang-kadang mereka bermain guli. Apabila musim durian junterah mereka berjaur di dusun sehari suntuk.Berakhirnya Pesta NgongcongGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
junterah MSrgugur (khusus durian yang masak sahaja).Mereka seperti biasa: mereka memasang pandik, menjaul baung, menahan sarang belida atau melalau petian di sungai. Kadang-kadang mereka bermain guli. Apabila musim durian junterah mereka berjaur di dusun sehari suntuk.Berakhirnya Pesta NgongcongGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas