tuai burung Ib | orang yang arif dalam membuat tafsiran tentang petanda burung dan mimpi. | Tuai burung adalah orang terpenting dalam kehidupan seharian orang-orang Iban. Ia adalah tukang ramal atau tukang tilik. | Cerita Rakyat Iban | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
merimba Ib, MSr | menebas dan menebang hutan untuk tujuan berhuma. | Akhirnya si suami dan kawan-kawannya pulang. Mereka keletihan kerana bekerja keras seharian merimba hutan. Dayang pula pura-pura demam. Dia berselimut di dalam biliknya. Si suami pun pergi ke dapur. Dia melihat suatu pun belum dimasak. Dia mendapatkan isterinya. | Novel Dayang Merah Lidi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
riribu Kd, Bj, Tb | sejenis nyiru berbentuk lonjong yang digunakan untuk menampi beras. | Kraftangan yang dimaksudkan itu adalah untuk beberapa peralatan untuk kegunaan hidup seharian seperti basung, wakid, bohungon, bubuh, kasip, riribu, kolobob dan alat-alat muzik tradisional. | Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita Bersama | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kasip Kd | perangkap yang dipasang di dahan pokok untuk menangkap haiwan kecil seperti tupai. | Kraftangan yang dimaksudkan itu adalah untuk beberapa peralatan untuk kegunaan hidup seharian seperti basung, wakid, bohungon, bubuh, kasip, riribu, kolobob dan alat-alat muzik tradisional. | Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita Bersama | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
bohungon Kd | alat seperti bakul yang biasanya diperbuat daripada pelepah rumbia, yang mempunyai tali yang disangkutkan pada bahu untuk membawa barang-barang yang besar atau banyak untuk sesuatu perjalanan yang jauh. | Kraftangan yang dimaksudkan itu adalah untuk beberapa peralatan untuk kegunaan hidup seharian seperti basung, wakid, bohungon, bubuh, kasip, riribu, kolobob dan alat-alat muzik tradisional. | Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita Bersama | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
wakid Kd, Tb | bekas yang diperbuat daripada bambu yang dijalin untuk mengisi barang dengan cara dipikul di belakang si pembawa. Ia biasanya digunakan untuk membawa barang berat seperti durian, beras dan sebagainya. | Kraftangan yang dimaksudkan itu adalah untuk beberapa peralatan untuk kegunaan hidup seharian seperti basung, wakid, bohungon, bubuh, kasip, riribu, kolobob dan alat-alat muzik tradisional. | Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita Bersama | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |