pansuh Ib | ikan atau daging yang dimasak dalam buluh. | Telur dua hiris sedikit pulut pansuh, sedikit nasi dimasak dalam daun ririk, kapur, sehelai dua daun sirih, pinang belah, sepuntung dua rokok daun, tuak dipalitkan pada bahan piring dalam buluh itu, tembakau dan darah ayam dipalitkan pada buluh. | Gugurnya Langit Hijau Nanga Tiga | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
rawai Ib | kostum tradisional wanita Iban yang diperbuat daripada gelung-gelung rotan yang dihiasi dengan cincin-cincin tembaga. | Yang berikut ialah bahan-bahan yang digunakan. Pelaga, manik, kelam, buri, wang perak, dan syiling rawai. Semua bahan itu diletakkan di dalam air. Sehelai pua kumbu akan digunakan untuk menyelimuti bayi yang hendak diberi mandi. Orang yang mendahului pasukan itu menggandar sebatang lembing. | Novel Satangkai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |