Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.jum.lah] | سجومله

Definisi : 1. sebanyak (yg dinyatakan): ke­rajaan telah membelanjakan ~ RM3 juta utk membina bangunan itu; 2. sebilangan (yg tidak dinyatakan jumlahnya): ~ besar penduduk negara ini beragama Islam; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.jum.lah] | سجومله

Definisi : 1 sebanyak; banyaknya: Kerajaan telah mengeluarkan wang ~ dua juta ringgit utk projek itu. 2 sebahagian; sebilangan: ~ besar sebahagian besar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jumlah (kata nama)
Bersinonim dengan banyaknya, bilangan, amaun, gunggung;,
Kata Terbitan : sejumlah, menjumlahkan, terjumlah,

Puisi
 

Di dalam belukar timbul ketam,
     Timbul sang helang di Tanjung Jati;
Tidak lupa abang siang malam,
     Airlah mata jatuh ke pipi.


Lihat selanjutnya...(1000)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
sangian Mrkain yang menutup pelamin pengantin perempuan yang hanya dibuka setelah pihak lelaki membayar sejumlah harga yang ditetapkan.Habis wang di dompet gadis-gadis itu untuk membayar harga kain yang digunakan menutup pintu sangian. Mereka harus membayar wang sebelum dibenarkan masuk ke biliknya.Antologi Cerpen Dukanya AbadiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
sepak manggis MSbsejenis permainan tradisional yang menggunakan bola sepak raga. Bola tersebut disepak secara berpasangan (dua orang) menuju ke arah bekas di tempat tinggi, dalam bekas tersebut diletakkan sejumlah wang yang akan menjadi milik pemain sekiranya bola tersebut mengenainya. Permainnan ini biasanya dimainkan di majlis perkahwinan atau keramaian.Sebelum itu orang-orang Bajau itu telah mengadakan pesta pada malamnya. Di samping belang, titik dan runsai, mereka mengadakan perlawanan sepak manggis memperlihatkan ketangkasan mereka," terang Cikgu Damit lagi.Detik-detik dalam PerjalananGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas