lihing Kd | wain drpd nasi dan ragi yg diperam sekurang-kurangnya tujuh hari. | Upacara Magavau disusuli dengan upacara keramaian atau Humabat dan upacara keriangan atau Monogit. Dalam upacara ini tarian-tarian tradisional masyarakat Kadazan/Dusun akan dipersembahkan dengan diiringi minuman tradisi seperti tapai, bahar dan lihing. | Upacara Magavau: Kemanakah Menghilang? | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
nyopuh Bd | kerja mengambil madu dan anak-anak lebah dari atas pokok-pokok. | Sekilas, dia teringat sekurang-kurangnya sudah tiga kali dia ikut nyopuh lebah di pokok itu. | Menganyam Kedukaan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
bergempuruk MSr | berkumpul. | Rumah panjang ini masih boleh terus tegak di sini. Pada musim gawai kita bolehlah bergempuruk lagi. Sekurang-kurangnya kita dapat menjaga tanaman kita dengan baik. | Ketipung Bunga Jambu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
congek MSr | cengeng. | “Di masjid banyak orang tau. Selalunya abang akan nangis kalau ditegur orang. Abang congek,” usikku kerana aku mahu dia faham bahawa aku tidak gemar akan sikapnya itu. Dia agak terlalu pemalu “sekurang-kurangnya pada kehendak atau penilaianku. | Jambatan Laut China Selatan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |