Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.la.wat] | صلوات

Definisi : doa kesejahteraan ke atas Nabi: setelah membaca ~, mereka pun mulai berjalan; berselawat membaca selawat, berdoa: kadi ~ tiga kali dgn nyaring suaranya; menyelawatkan berselawat utk memohon sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.la.wat] | صلوات

Definisi : doa kpd Tuhan supaya di­lim­­pahkan rahmat atas Nabi Muhammad SAW. berselawat membaca selawat: Kadi ~ tiga kali dgn nyaringnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata selawat

Puisi
 

Bunga sena datuk,
     Kembang tajul Malai;
Selawat pinang datuk,
     Masuk jenung balai.


Lihat selanjutnya...(2)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
turun tangga MSristiadat membawa pengantin laki-laki turun dan naik tangga sebanyak tiga atau tujuh kali (oleh pihak pengantin perempuan).Selawat dan doa selamat dibacakan oleh imam untuk kedua-dua mempelai. Dengan iringan pukulan hadrah, tepung tawar dilakukan. Kemudian diikuti pula dengan upacara turun tangga sebanyak tujuh kali.Adat Resam Penduduk SarawakGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas