Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.lé.sa] | سليسا

Definisi : (selésa) 1. tidak sempit, lega, luas: ketika mencari tempat berdiri yg lebih ~, dia ter­pijak kaki seorang anak kecil; 2. kesempatan, peluang; 3. (berasa) enak, sedap, senang: jika kita berdiri beberapa lama, kita berasa tidak ~; pakaian itu sungguh tidak ~ bagi Si Tenggang; menyelesakan menjadikan selesa (enak, sedap); keselesaan perihal selesa, keadaan (rasa dsb) selesa; ketidakselesaan keadaan tidak selesa: Puan Sariah memaklumi ibunya tentang ~ di asrama itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.lé.sa] | سليسا

Definisi : /selésa/ 1 tidak sempit (bkn tempat); luas; lega. 2 enak atau puas ketika duduk dll; sedap: Saya berasa ~ duduk di kerusi ini. menyelesakan membuat atau menjadikan selesa: Suasana di situ ~ kami. keselesaan keadaan atau rasa selesa: Kami amat mementingkan ~ pelanggan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
selesa (adjektif)
1. Bersinonim dengan luas: lega, tenggar, lebar, besar, lapang, lengang, lasar, banglas,
Berantonim dengan sempit

2. Bersinonim dengan kesempatan: peluang, kelapangan, can, tempoh, cerlak, kelonggaran, masa, waktu terluang,

3. Bersinonim dengan sedap: menyenangkan, enak, segar, seronok, nyaman, nikmat, indah, sihat, naim,
Berantonim dengan sesak

Kata Terbitan : menyelesakan, keselesaan,


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
teluk-pisok, *telok-pisok* Ml, MSr, Skdi segenap tempat.Biarlah dia duduk di mana-mana sahaja di ruang rumah dan teluk-pisok agar dia dapat makan dengan selesa sampai kenyang. Kelak apabila diharapkan untuk memberi pertolongan dan bantuan, dengan sekali seru namanya pun dia sudah datang.Jagung Pulut Pusaka MoyangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas