Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.le.sai] | سلساي

Definisi : 1. sudah dikerjakan dan jadi, siap (dibuat): setelah ~ kota dan paritnya baginda pun berangkat ke sana; 2. berakhir, habis, tamat: setelah ~ drpd sembahyang, mereka itu pun pulang ke tempat kediaman masing-masing; 3. tidak berbaki lagi (wang dll), habis, jelas (hutang), langsai: dia tidak percaya wang-nya telah ~ di meja judi; 4. Mn tidak kusut (rambut atau benang), jelas dan terang (tutur kata); berselesai mengakhiri sesuatu (pergaduhan, persengketaan, dll), berdamai: perkara ini per-kara dia dgn suaminya, biar mereka sahaja yg ~; menyelesaikan 1. menyudahkan, menyiap­kan (kerja, tugas, dll): sekarang aku sibuk ~ satu kerja; 2. mengusahakan supaya berakhir (tamat dsb), menamatkan, mengakhiri (per­sengketaan dll): pintu masih terbuka utk ~ pertikaian antara dua buah negeri itu secara damai; 3. menjelaskan (membayar) hutang: jika ia enggan ~ hutangnya, segala harta bendanya terpaksalah dirampas; 4. me­mecahkan sesuatu masalah (kira-kira dll), mencari jalan mengatasi (masalah dll), menghuraikan: beri nama hukum yg kamu gunakan utk ~ masalah ini; 5. mengatur baik-baik (rambut dll), mengemasi; terselesai dapat diselesaikan: masalah yg semakin ~ menerusi dasar kebangsaan kita; keselesaian perihal selesai, keputusan; penyelesaian perbuatan menyelesaikan (mem­-bereskan dll) sesuatu: mencari ~ secara damai utk memulihkan keamanan; penyelesai orang atau sesuatu yg menye­lesaikan sesuatu persoalan, konflik, masalah dsb: ~ perlu memilih salah satu drpd bebe-rapa operasi yg diketahui; mereka sudah mula meyakini Islam sbg ~ masalah ummah seluruh dunia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.le.sai] | سلساي

Definisi : 1 sudah dikerjakan; sudah jadi (bkn sesuatu yg dibuat): Pembinaan masjid itu memakan masa setahun baru ~. 2 sudah habis; tidak berbaki atau tidak berlebih lagi: Segala hutangnya di kedai itu telah ~. 3 sudah mencapai persetujuan (bkn sesuatu perbincangan, mesyuarat dll): Perbicaraan ttg pembunuhan itu masih belum ~. menyelesaikan 1 melakukan sesuatu supaya selesai; menyudahkan atau menghabiskan sesuatu pekerjaan dll; menyiapkan: Tiada sesiapa pun yg dpt ~ penyusunan sebuah kamus yg baik dlm masa tiga bulan. 2 membayar hutang sehingga habis; menjelaskan: Dia telah dituntut supaya ~ segala hutang arwah ayahnya. 3 mencari jawab utk sesuatu masalah (hitungan dsb) dlm ilmu matematik; menghuraikan. 4 mencari persetujuan atau kesimpulan terhadap sesuatu masalah dll; memutuskan se­suatu perkara: Kerajaan terpaksa campur tangan utk ~ masalah pemogokan itu. penyelesaian 1 perbuatan atau hal menyelesaikan: ~ politik dgn menubuh­kan Malayan Union telah ditentang oleh orang Melayu. 2 cara atau kaedah dlm ilmu matematik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
selesai (adjektif)
1. Bersinonim dengan siap: lengkap, sempurna, tamam, jadi, kelar, kamil, telah dikerjakan, sedia, kamal, kafi, akmal, jap,
Berantonim dengan terbengkalai

2. Bersinonim dengan berakhir: tamat, habis, sudah, khatam, gem, cutel, berhenti, gentas, putus, mustaid,
Berantonim dengan berterusan

3. Bersinonim dengan habis: jelas, langsai, tidak berbaki, lenyap, lesap, bersih, cuci, jilah, lindang, kempot, safan-safa, monyel, dedeh, habis licin, habis langsung, licin-licau, tohor, timpas, melawas, licin tandas, melindap, kosong, pokai, licin moner, licin dalik,
Berantonim dengan banyak

4. Dalam konteks tutur kata
bersinonim dengan terang, jelas, izhar, tandas, peta, terang jali, jaleh, tedas, pasti, nyata, maujud, kasatmata, bayan, curai, tidak syak lagi, ketara, tidak kabur, terbukti, sah, tegas,
Berantonim dengan kabur

Kata Terbitan : berselesai, menyelesaikan, keselesaian, penyelesaian,

Puisi
 

Angin bertiup bercampur embun,
     Ombak memukul dengan taufan;
Apa guna harta bertimbun,
     Sudah mati selesai kapan.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Tak ada kusut yang tak selesai,
     tak ada keruh yang tak jernih.

Bermaksud :

Sekalian perselisihan besar dan kecil dapat didamaikan.

 

Lihat selanjutnya...(26)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
nadau Kd Ltmatahari.Selesai membina sulap, tentagas yang menentukan upacara menawa do rasam itu akan menentukan pula hari upacaranya. Kemudian para tentagas pun memanggil sesiapa yang ada menyimpan butia nadau, untuk kegunaan upacara itu.Debur MenerpaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tentagas, *tantagas* Kd Ltpemimpin upacara keagamaan.Selesai membina sulap, tentagas yang menentukan upacara menawa do rasam itu akan menentukan pula hari upacaranya. Kemudian para tentagas pun memanggil sesiapa yang ada menyimpan butia nadau, untuk kegunaan upacara itu.Debur MenerpaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
nasulang Kdgagal menuba.Setelah kerja-kerja menuba selesai, mereka berehat dan menanti di darat selama setengah jam hingga sejam sambil memerhatikan sama ada tubaan mereka itu berhasil atau tidak. "Nasulang" ialah istilah orang-orang Kadazan bagi kerja-kerja menuba yang gagal.Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan KadazanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
makai salau Ibmakan beramai-ramai bersama manang setelah selesai upacara perubatan pada larut malam.Setelah Manang Entayang melangsungkan upacara belian, ayam pun disembelih. Orang perempuan di dapur terus memasak, dan setelah semuanya dimasak, mereka pun makan salau. Si pesakit pun meminta nasi dan apabila melihat yang pesakit itu dapat makan, anak sulungnya berteriak.Gurang dengan Ansang MiangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
diogik, *oogik* Bj Sm, Kdirik.Upacara baasik ini diadakan ketika selesai kerja-kerja mengetam padi. Padi-padi telah disimpan di dalam ketawai sesudah diogik, yakni menanggalkan buah-buah padi dari tangkainya - mengirik.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
baasik Kd Mbupacara kesyukuran selepas menuai padi.Upacara baasik ini diadakan ketika selesai kerja-kerja mengetam padi.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tumpung Bj, Kdbekas yang diperbuat daripada ruas buluh untuk menyimpan tuak atau nira kelapa.Selesai sahaja menumbuk padi tersebut dia (isteri) pun pergi ke sungai untuk mandi. Ketika itu dia belum memasak makanan lagi. Apabila mendapati dia belum balik-balik lagi, suaminya pun turun ke sungai untuk mencarinya. Suaminya menjumpai tumpung tersandar di tepi sungai.Anak SepapasGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
buli Mr Nbberian (hantaran) yang terhutang.“Kalau dia nak beristeri, janganlah mimpi. Ingatkan dia bulinya belum selesai lagi. Bagaimana nak beristeri kalau buli engkau sendiri belum dapat dia bayar?” bentak Angusi.Antologi Cerpen Dukanya AbadiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
ikak Mrpembantu pakar upacara keagamaan.Ketika tingkaayoh dan ikak sedang merawat suaminya, Angusi merungut dan meratap terus. Sehinggalah mereka selesai merawat dan mengesahkan bahawa ayahnya tak dapat dipulihkan lagi. Tulang belakangnya retak atau patah.Antologi Cerpen Dukanya AbadiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tingkaayoh, *tingkaayo* Mrperempuan yang mengetuai upacara perubatan.Ketika tingkaayoh dan ikak sedang merawat suaminya, Angusi merungut dan meratap terus. Sehinggalah mereka selesai merawat dan mengesahkan bahawa ayahnya tak dapat dipulihkan lagi. Tulang belakangnya retak atau patah.Antologi Cerpen Dukanya AbadiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
12

Kembali ke atas