tinau, *tinauk* Mr | pesta keramaian yang dihadiri seluruh penduduk setempat. Biasanya makanan yang dihidang sepanjang pesta selama seminggu ialah air tapai, babi, lembu dan ayam. Sehingga makanan habis barulah semua pulang. Acara ini diwajibkan sekali seumur hidup. Selepas itu, menantu bebas daripada cengkaman berian. | Linus Antakin, 39, bingung memikirkan bagaimana dia mahu mencari wang untuk memuaskan hati mentuanya. Selain telah menghadiahkan pelbagai barangan, dia dituntut mengadakan majlis tinau – kemuncak pada adat berian. | Beri Sampai Mati Bah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pakajjang Bj, Sl | bahagian tengah lepa. | Seluruh bahagian tengah lepa dipanggil ‘pakajjangang’. | www.berita Harian. com.my | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
babadak MSb | suatu upacara melumur bedak ke seluruh badan pengantin. | Seperti dia menggelabah, sebaik-baik saja dia kembali dari hospital untuk dileteri oleh keluarga angkatnya, pada malam berlangsungnya istiadat bapacar dan babadak. | Dari Dalam Cermin | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
onunsul Mr Tl | membakar kawasan petak padi. | Selepas ini petani membakar seluruh kawasan petak padi dan proses ini dipanggil onunsul. | Padi dan Keajaibannya | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
biau Ib | upacara berdoa sambil mengibarkan seekor ayam semasa majlis keramaian (untuk maksud sosial). | Seluruh isi rumah itu berkumpul menghadiri upacara ‘biau’ itu. Ayah dan ibu Kumang juga hadir di situ. Mereka datang berserta dengan rombongan siang tadi. | Novel Kumang Bertelur | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
gorinding Kd | sejenis alat yang dibunyikan semasa upacara ritual. Ia terdiri daripada tiga bahagian iaitu, bahagian yang dipegang dibuat daripada tanduk atau teras kayu. Kemudian tali-tali benang yang diikat pada lobang tanduk atau teras kayu yang dipegang itu. Seterusnya ialah bahagian loceng yang bergantungan pada tali-benang itu. Ketika menggunakannya tangan orang bergerak turun-naik dan berpusing, dan dengan itu gonding ini akan berayun-ayun. Geraknya selaras dengan irama dan lajunya pembacaan mentera. | Kepala Maria turut disentuh oleh Abon yang berjalan ke sana ke mari dengan gorindingnya. Akhirnya, sekali dua dia menyentuhkan gorinding itu ke seluruh tubuh suami Solisir. Tetapi nyawa lelaki itu telah berakhir. | Debur Menerpa | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |