unduk ngadau MSb | Ratu cantik sempena Pesta Keamaatan. | Aku berfikir sambil mata terus memandang ke atas pentas melihat para peserta seorang demi seorang bergaya untuk menarik perhatian para juri yang menilai kecantikan, pakaian dan penampilan. Aku perlu menulis tentang tujuan perayaan Pesta Menuai ini diadakan, perbezaan perayaan Unduk Ngadau zaman dahulu dan sekarang, dan bagaimana pertandingan Ratu Kaamatan sudah jauh penyimpang dari tujuan asalnya. | Jejaka Idaman | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
magang Kd | upacara pindah rumah baru. | Magang ialah upacara yang diadakan sempena dengan perpindahan ke rumah baru bagi satu-satu keluarga; terutama sekali keluarga-keluarga yang ada menyimpan tengkorak manusia yang merupakan barang warisan yang berharga bagi keturunannya. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
titik badan, *titik baran* Mr | sejenis pukulan muzik yang digunakan untuk mengiringi Tarian Mansayau dan namanya diambil sempena nama sejenis burung. | Ada beberapa jenis pukulan muzik/ yang digunakan untuk mengiringi tarian ini, antaranya ialah emungin-angin, titik badan (nama sejenis burung) dan titik ason. | Tarian kepingan besi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
rampanau Kd | terompah galah. | Tiga peserta bersaing dalam ucara rampanau bagi kategori lelaki berusaha untuk memenangi acara itu yang dianjurkan sempena sambutan Pesta Kaamatan di Hongkod Koisaan di Panampang, pada Isnin. | Daily Express (Harian Ekspres) | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kelupis Ky, Kb, LB | pulut yang dibalut dengan daun palas dan diikat sebelum dikukus. | ....kejayaan penduduk dari beberapa buah kampung menghasilkan jalinan kelupis sepanjang 210m kaki sempena Perayaan Ulang Tahun ke 40 Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) peringkat Lawas baru-baru ini.... | Pedoman Rakyat | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
mipulos Kd | gusti tangan. | Dua peserta dari suku kaum Dusun Subpan Lahad Datu, Rina Kalong, 19 dan Rina Baginda, 25, (Kanan) beradu kekuatan ketika menyertai sukan tradisional mipulos (gusti tangan) sempena sambutan Pesta Kaamatan di Hongkod Koisaan, di Panampang, Ahad lepas. | Daily Express (Harian Ekspres) | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |