Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.nang] | سنڠ

Definisi : 1. (serba) mudah, tidak ada kesulitan (perkara yg susah-susah), tidak ada yg me-nyusahkan: kerja mereka ~ dan mudah; makanan yg murah dan ~ mendapatnya utk memberikan tenaga ialah karbohidrat; 2. suka, mesra: kalau begitu, saya tidak ~ kpd engkau lagi; 3. berasa puas (enak, nyaman, gembira, dll), rehat: sehari-hari disuruhnya belajar tak satu, satu, tidak boleh ~; belum pernah dia tidur tengah hari, atau berbaring-baring dgn ~nya melainkan sentiasa dlm pekerjaannya; 4. bahagia (hidupnya), tidak susah atau melarat: susah dan ~ kehidupan keluarga mereka, tidaklah menjadi peng-halang kpd budak-budak itu bersuka ria; 5. ki bersahaja (percakapan dll), tenang: Lili meneruskan kata-katanya dgn tenang dan ~;~ cakap mudah memperkatakan sesuatu tetapi mengerjakannya (mengusahakannya) belum tentu; ~ hati berasa puas (gembira); ~-lenang berbahagia sekali (hidupnya), sentiasa senang; ~ sentosa sentiasa dlm aman bahagia; bersenang; ~ diri = bersenang-senang ber-buat sesuatu dgn senang hati (supaya senang), berehat-rehat, bersuka-suka: kasihan, sepatut-nya engkau duduk ~-senang di rumah gedang di rumah batu berlangkan; kita pun tualah sedikit, kita hendak ~-senang sentiasa; bersenangkan, bersenang-senangkan; ~ diri bersenang-senang; ~ lelah sl melepaskan lelah, berehat; menyenangi berasa senang (gembira) akan, suka akan, menyukai: dlm memilih jalan tengah, kami tahu kami tidak akan disenangi oleh pihak kiri dan pihak kanan; saya lebih ~ teater; tidak ada suatu pun yg kusenangi; menyenangkan 1. menjadikan mudah (tidak susah), memudahkan, melicinkan (per­jalanan): utk ~ mengajar, guru boleh membahagikan kelas kpd beberapa kumpulan; 2. meng-gembirakan, menyuka­kan hati: muka yg satu masa dahulu itu sangat-sangat ~ hatinya kini telah begitu merunsingkan pula; bagi Khatijah, pindah ke rumah baru itu sesung-guhnya ~; 3. mendatangkan rasa senang, menyamankan, menenteramkan (perasaan, fikiran, dll), memuaskan: hatinya tiba-tiba didatangi suatu perasaan yg tidak ~; 4. membetahkan (penyakit), menyembuhkan: ia tidak dapat hendak memberikan ubat yg boleh ~ penyakit itu; 5. menjadikan senang (bahagia, mewah): aku nak menolong awak, nak ~ awak juga; kesenangan perihal senang, kebahagiaan, kegembiraan, keenakan, kepuasan: segala perintah dan hukumnya itu menuju kpd suatu perkara yg besar iaitu ~ hati bagi segala rakyat; ~ dan kemewahan hidup yg dirasainya itu ialah disebabkan oleh harta pusaka Mak Haji sendiri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.nang] | سنڠ

Definisi : 1 tidak berasa susah; tidak ada yg menyusahkan: Orang kaya belum tentu ~ hidupnya. 2 berasa puas atau lega: Sekarang barulah ~ hatinya. 3 tidak susah atau tidak sulit melakukannya; mudah: Hitungan ini ~ saja. 4 suka; sesuai: Saya tidak ~ tinggal di sini. bersenang-senang berbuat sesuatu utk menghibur hati; berehat-rehat: Dia ~ di bawah pokok itu bersama anak-anaknya. menyenangi berasa senang atau berasa suka akan; menyukai: Para pelancong ~ suasana di situ. Kehadirannya tidak disenangi. menyenangkan 1 membuat supaya menjadi senang; memudahkan: Sebuah dispensari bergerak telah diadakan utk ~ orang-orang kampung mengambil ubat. 2 memberi kepuasan; memuaskan hati; menyukakan: Ke­putusan yg dibuat oleh pihak majikan tidak ~ pekerja-pekerja. kesenangan keadaan senang; kepuasan hati: Kalau tidak kerana berusaha, ayahmu tidak akan mendapat ~ spt sekarang ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
senang (adjektif)
1. Bersinonim dengan mudah: gampang, ringan, ganyir, suang, lasuh, enteng,
Berantonim dengan susah

2. Bersinonim dengan suka: mesra, deman, setuju, gemar, cocok,
Berantonim dengan benci

3. Bersinonim dengan rehat: enak, nyaman, gembira, selesa, lega, sedap, menyenangkan, segar, seronok, nikmat, indah, sihat, naim,
Berantonim dengan sesak

4. Bersinonim dengan bahagia: aman, tenteram, sentosa, baik, elok, aman makmur, mujur, beruntung, sejahtera, tuah, selamat,
Berantonim dengan huru-hara

5. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan bersahaja tenang, sedang, sederhana, tidak berlebihan, lugu, sewajarnya,
Berantonim dengan berlebih-lebih

Kata Terbitan : bersenang, bersenang-senang, menyenangi, menyenangkan, mempersenang, kesenangan,

Puisi
 

Kalau ada ikan pari,
     Senang saya masak tumis;
Apa cakap tuan tadi,
     Cakap lepas jangan menangis.


Lihat selanjutnya...(49)
Peribahasa

Biar sakit dulu senang kemudian.

Bermaksud :

Biarlah bersusah-susah dulu asalkan senang kemudian hari.

 

Lihat selanjutnya...(40)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
andau Ibtiti gantung.Tak senang meniti andau pelangi sekecil lidi. Kau akan binasa di dunia itu wahai bapaku.Dewan Sastera Januari 2003Glosari Leksikal Bahasa Sukuan
melasik MSrmembersihkan rumput-rumput/semak, babat.Selalunya waktu matahari sudah hampir-hampir tegak di atas kepala begini, Bidin dengan senang sudah dapat melasik tujuh atau lapan pokok kelapanya. Tetapi hari ini, jangankan tujuh batang, empat batang pun dia belum terlasik lagi.Ketipung Bunga JambuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kedatuan Bj, Ir, Slgelaran bagi golongan bangsawan suku kaum Suluk dan Iranun.Apu anak tunggal. Anak kesayangan. Orang tua Apu memang orang senang dan disegani di daerah itu. Orang kedatuan.Pulut Kuning Daging RendangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
buru Tbhantaran perkahwinan.Nanak akhirnya mengeluh. Ada rasa kesal. Fasal buru, fasal kahwin, tanah terpaksa dijual. Bukankah bodoh namanya. Pada Nanak tanah sekarang bukan senang nak dapat.Susuk TingkayuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kakanun, *akanong* Kdapa-apa jenis makanan.Dia pegi tengok-tengok tu tampat dia dunia om. Tiba-tiba kaka dia... ingat ia mahu bagi satu jenis tu kakanun (makanan) yang boleh ditanam kaka... yang boleh dimakan, senang... nak mau urus.Membaca Mitos dan Legenda KadazandusunGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas