Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. berdiri bulu roma (kerana ketakutan dll), meremang: kecutlah hati dan ~lah bulu romanya tatkala tiba-tiba terlintas di dlm ingatannya bahaya yg mungkin datang; 2. berasa berkerut dan senyar kulit tubuh (kerana kecemasan atau ketakutan): hutan-hutan di sini agak asing untuknya, dia berasa agak ~ juga; 3. tampak menakutkan (rupa yg bengis, kejam, dll): di mana-mana terdapat slogan yg ~, berapi-api dan pedas; nampak ~ muka-nya; ~ sejuk a) berasa sejuk dan berdiri bulu roma kerana ketakutan, ngeri dsb; b) berasa sejuk spt hendak demam; menyeramkan menjadikan seram, me­nakut­­-kan, mengerikan: “Tolong!” pekiknya dgn suara yg ~; keseraman perihal (keadaan atau rasa) seram: dia tersentak juga, tetapi cuba menyem-bunyikan ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
seram (adjektif)
Bersinonim dengan ngeri, gerun, gentar, kecut hati, seriau, takut, sengkak;,
Kata Terbitan : menyeramkan,


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
pasun Ibsejenis binatang kecil berwarna perang, suaranya seakan-akan suara anak anjing. Masyarakat Iban mempercayai sekiranya binatang ini melalui atau menaiki rumah akan membawa petanda yang tidak baik.Eiid pasun! Eiid, eid, eit, eit! kedengaran suara menyelubungi hutan tebal pada malam bulan purnama itu. Tatkala itu juga kedengaran suara seolah-olah orang berbisik dan mengejar mereka di kiri kanan sungai itu. Perasaan takut dan seram mereka tidak dapat dikata lagi.Asap Kayu LukaiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas