Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sé.rius] | سيريوس

Definisi : (sérius) 1. sungguh-sungguh, benar-benar, tegas dan bukan main-main: ini suatu usaha yg murni dan sewajarnya diberi perhatian dan pemikiran secara ~; dia termenung seolah-olah berfikir dgn ~; kita hendaklah bekerja dgn ~; 2. genting, berat, dan parah kesannya: keruntuhan moral merupakan satu perkara yg ~ yg perlu diatasi; 3. (bkn penyakit, dsb) tenat, berat, teruk, parah: penyakit kansernya semakin ~; keseriusan keadaan serius, kesungguhan: ~ menghadapi sebarang kemungkinan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sé.rius] | سيريوس

Definisi : 1 sungguh-sungguh; tekun dan tidak olok-olok: pekerja yg ~. 2 amat memerlukan perhatian (kerana mungkin berbahaya dsb): Penyakit kelapa sawit yg ~ ialah penyakit reput pd bahagian batang yg disebabkan oleh cendawan. keseriusan keadaan atau sifat serius: Dia dibantu memandangkan ~nya ingin melanjutkan pelajaran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
serius
Bahasa Asal :Inggeris
1. Bersinonim dengan benar-benar
( betul-betul, sungguh-sungguh, sangat-sangat, tidak main-main, yakin, pasti benar, tidak syak lagi, )
(kata tugas:)
Berantonim dengan main-main

2. Bersinonim dengan genting
( berat, genting, tegang, mustahak, penting, berbahaya, )
(adjektif:)

3. Rujuk tenat 2



Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
Bungan Kh, Knkepercayaan agama (campuran antara Lama dan Kristian).Saya tak kisah sangat tentang itu, sambung Bapa Frank dengan serius sambil menyedut paipnya, jika dia juga beragama Katolik. Tetapi dia pagan Bungan. Saya tak boleh bertolak ansur dengan perkahwinan campur di kawasan pengawasan saya. Mereka telah banyak menyebabkan perceraian keluarga di sini.Anak Bangsawan HarimauGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas