latuk Ib, Ml | sejenis parang pendek untuk kegunaan umum. | Sesekali akar tigis dan kuku helang yang menghalang perjalanannya dihayunkannya dengan latuk. | Antologi Cerpen Hati | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
bubuk MSb | sejenis udang kecil yang digunakan untuk membuat belacan. | “Kawasan Teluk Ambung ini sesekali didatanginya, terutamanya apabila tiba musim bubuk. Dia amat gemar memakan udang kecil itu,” jelas Pak Hilun. | Yanti Si Anak Laut | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
keda MSr | malu tersipu-sipu | Kadang-kadang dia sendiri terpaksa mengalah kepada keadaan itu dan sesekali keda kerana lain yang ditegurnya tentang sikap Kamalina, lain pula yang ditegur oleh Pak Karim. Ketara bahawa dia agak bodoh, dan dia benar-benar keda. | Bermulanya Di Sini | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
neang Ml | sejenis pokok, buahnya berbentuk bulat dan dapat dijadikan mainan seperti permainan guli. | Sunyi. Yang kedengaran hanya bunyi cengkerik. Sesekali kulemparkan pandangan ke arah pokok kayu neang yang diserikan oleh kelip-kelip. Sungguh indah sekali malam itu. | Ketipung Bunga Jambu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ondu II, *tonduk* Kd | perempuan. | Enandakan terasa rambutnya dielus mesra. Dia cuba kembalikan kepada dirinya. Tetapi kalimat kudus yang didengarnya melalui mulut pada ondu dan edi serta emak mentuanya sesekali menggegarkan perasaan. | Serpihan Musim | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |