sampagagungan, *sompogogungan* Kd | set lengkap gong. | Sampagagungan adalah alat-alat muzik yang diperbuat dari tembaga. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tegunggu Kd Pn, Mr | set gong bambu yang dipukul untuk mengeluarkan bunyi yang berlainan. Ia dimainkan untuk mengiringi tarian semazau. | Lupakan saja perkara yang dah terlanjur itu. Aku pun dah meletakkan jawatanku daripada menjadi ahli kumpulan tegunggu di kampung kita. Kalau dijemput pun, aku tak perlu ikut lagi. Tak dapat upah pun, tak mengapalah. Asal saja kita hidup bahagia semula. | Antologi Cerpen Dukanya Abadi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kokolid Kd | suatu alat yang digunakan untuk mencari ton gong yang dikehendaki dalam barisan set gong. | Jika Kokolid anda bertonik gong maka rentak permainan adalah mengikut gong. Dalam mengejar perubahan masa maka bentuk tonik Kokolid yang sesuai ialah solfa. | Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita Bersama | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
almanis Bj, Sl | hiasan pada bahagian dada baju sigpit alal bimbang. Perhiasan ini seperti kerongsang dibuat daripada emas dan dijahit terus pada baju. Satu set al-manis terdiri daripada 15 keping, disusun tujuh sebelah dan satu bucu di bahagian bawah dada. | Baju sigpit alal bimbang sepadan dengan tubuhnya yang langsing. Mengikut bentuk badan dan berwarna ungu, dihiasi almanis di bahagian dadanya. Saire mengayun-ayun tangannya. | Sejambak Bunga Emas | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sungkad Kd | sejenis alat muzik tradisional. | Sejak dari hari itu maka alat itu telah menjadi sebahagian daripada alat-alat muzik tradisional mereka. Oleh kerana ia dibunyikan secara posungkadon atau ditegakkan dan dihentak maka mereka menamakan set ini sebagai Sungkad. | Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita Bersama | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
posungkadon Kd | perbuatan mencacakkan sesuatu seperti kayu dan sebagainya. | Sejak dari hari itu maka alat itu telah menjadi sebahagian daripada alat-alat muzik tradisional mereka. Oleh kerana ia dibunyikan secara posungkadon atau ditegakkan dan dihentak maka mereka menamakan set ini sebagai Sungkad. | Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita Bersama | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |