monomparoi Tb | adat ketika berhuma. | Hatinya berasa amat geram dengan perubahan yang mendadak itu. Baginya, menanam padi dua kali setahun itu akan melenyapkan adat monomparoi yang sudah dijalankan sejak lama. Lagipun penanaman padi dua kali setahun itu belum pernah dibuat. | Susuk Tingkayu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
moginakan Kd | jamuan besar (majlis kesyukuran). | Pada masa lampau adat-istiadat untuk mengadakan jamuan besar yang dipanggil "Moginakan" diadakan setahun sekali. Dalam upacara ini, ia hanya dihadiri oleh kaum keluarga yang rapat dan yang mempunyai salasilah keturunan yang sama. | Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan Kadazan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
jeraya MSr | jalan raya. | Cuma satu malam, mereka keluar ke jeraya lalu singgah di sebuah perhentian bas - selepas lebih kurang setahun persahabatan baiknya dengan Ahtieng berlangsung - Ahtieng merebahkan dirinya di pangkuannya; sesuatu yang berlaku secara tiba-tiba dan di luar sangkaannya. | Novel Ngoncong | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
racun menaun Tb | sejenis racun yang paling bias yang digunakan untuk membunuh musuh. Ia boleh digunakan atau disimpan selama bertahun-tahun. | Setahun kemudian Pak Semawit menemui ajalnya. Kata orang dia termakan racun menaun. | Susuk Tingkayu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
odu-odu Tb | semangat padi | Engkau bukan tak tahu adapt monomparoi bangsa kita. Bangsa Sungai ni, Odu-odu tentunya marah kalau menanam padi dua kali setahun. Aku tak mahu terkena sumpahan." | Susuk Tingkayu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
menyuan Tb | pembacaan mentera yang dilakukan sebelum padi bukit ditanam, biasanya dilakukan oleh bobolian. | Kita ada adat menyuan. Ada adapt monomparoi. Pak cik tahu, kalau tanaman padi dua kali setahun dibuat, alamat adat-adat kita akan lenyap, ujar Sunan membenarkan kata-kata Turagai tadi. "Dia memang berhajat mahu membelakangkan adat-adat kita, pak cik." | Susuk Tingkayu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
resu Ib | buih yang keluar pada hujung kayu yang tidak terbakar (semasa dibakar). | “Berbau bunga pundaklah ini, yang ditanak oleh gadis dagang. Ada juga terhidu wangi resu garu tulang. Tidak pernah saya tercium wangi seperti ini, wangi minyak nyaman yang tahan sebulan, wangi minyak embun yang tahan setahun,” kata Raja Sawa sambil termenung sendiri. | Kumang Mencari Tarum | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |